Jul 25, 2013

Berbakti kepada Ibu Bapa

Para Nabi Berbakti Kepada Orang Tua Mereka

Nabi Nuh Alaihisalam rasul pertama yang Allah utuskan pernah mendoakan Kedua Orang Tuanya, “Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku,”(Surah Nuh:28)

Demikian juga Nabi Yahya berbakti kepada orang tuanya sebagaimana diceritakan oleh Al-Qur’an, “dan seorang yang berbakti kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong lagi durhaka.” (Maryam: 14)

Juga Nabi Isa bin Maryam Alaihisalam berbakti kepada ibunya Maryam binti Imran. "Dan Allah memerintahkan aku berbakti kepada ibuku dan tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka" (Maryam : 32)


Pesananku; kalau nabi yang mulia pun berbakti kepada ibu bapanya, apatah kita? Semoga masih berkesempatan membuatkan ibu bapa anda gembira. Inshallah hidup akan penuh keberkatan..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian