Jun 5, 2013

Cebisan idea..,

Aku terbaca banyak status tentang orang yang kahwin dan akan kahwin dan seumpanya. Mungkin bulan ni bulan perkahwinan (i guess) maka status kebanyakkan berbaur kahwin dan kahwin. Semoga mereka diberkati Allah.

Apa yang aku rasa perlu diperbetulkan ialah bila yang dah kahwin tu dok sebut, lepas kahwin boleh itu, boleh ini, boleh bangun tengah malam tahajud, boleh berjemaah, boleh masak dan bla bla bla..

Kalau ini yang kau kejar sangat, semua tu boleh kau dapat tanpa kau kahwin sebenarnya. Kau boleh berjemaah, kau boleh bertahajud or masak or anything yang kau rasa sangat special lepas kahwin itu. tak tahu kah kau?

Memang apa yang dikatakan itu betul.Alhamdulillah perkara2 tersebut mereka lakukan, tapi menyatakan kepada umum bagi aku satu kejahilan.

Pesan aku, jangan kita nyatakan perkara-perkara yang baik itu kepada orang lain kerana takut pahalanya hilang sia-sia kerana ada riak terkandung didalamnya.

Kahwin ini merupakan sunnah dan satu keperluan kepada manusia baik lelaki dan perempuan untuk menyalurkan nafsu dengan cara yang halal. Adalah salah  bila kita kata kita nak kahwin sebab perkara lain selain mendapat redha Allah.

Ramai yang digelar pakar pakar dalam motibasi or whatever yang sewaktu dengannya selalu bermain dengan isu kahwin dan anak muda. Mereka kadang bagi aku terlalu berimaginasi yang melampau-lampau kepada anak muda khususnya. Apatah lagi yang kemaruk bercinta.

Bagi aku, perkara seumpama ini harus dihentikan dan digantikan dengan ilmu lain yang boleh mengekang masalah ini iaitu soal akidah dan pemurniaannya. Seperti yang aku cakap sebelum ni,manusia ni nak didik dia jadi baik bukan sekadar suap dengan benda secara fizikal tapi rohani tu penting. Foundation. Asas diri.

Kalau sekadar bercerita, berimaginasi soal kahwin, soal kebahagian, soal bercinta selepas kahwin, soal kegembiraan yang berada diawang-awangan lagi, itu hanya lebih banyak mudharatnya.

Cuba suap mereka dengan ilmu yang lebih bermanfaat yang boleh menjadi benteng itu lebih baik berbanding diceritakan kisah cinta duka lara dan nestapa.

err sekian..

1 comment:

Anonymous said...

Semoga Allah memberi hidayahNya

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian