Apr 23, 2013

Balik bercuti

Aku baru balik daripada bercuti. Konon nak tenangkan fikiran. dan sekarang aku kembali dengan kehidupan seharian, bangun, pergi kerja, buat kerja, tekanan, stress dsb, balik kerja tidur. Macam biasa.

Selama aku bercuti, aku betul-betul habiskan masa dengan bercuti. Thesis yang konon akan aku siapkan sampai berdebu dalam pendrive. Orang kata, kalau nak bercuti, biar betul-betul bercuti.

Kulit pun sekarang yang hitam semakin hitam dok berjemur atas cahaya matahari. Bukan melepak tepi pantai macam mat salleh, tapi pergi memancing kehkeh..Setiap hari kerja bergaduh dengan anak-anak buah yang semakin besar dan kurang kecomelan. syok..

Disebabkan cuti, aku dah terlepas pelbagai perkara. Daripada penamaan calon pilihanraya, Pkr bertindih kerusi dengan Pas yang konon satu pakatan, sampailah artis utube bobo yang dah semakin pemes, kepemesan gwiyomi kejadah tu. Semua aku terlepas. Nampak tak cuti aku macam mana?

Balik cuti ni terpaksa qada semua kerja yang tertangguh. Jadi, mungkin sangat bizi..


5 mei ni hari mengundi, aku tak balik. Hilang satu undi penting haha..Kepada kamu semua undilah BN kehkeh

4 comments:

Anonymous said...

bang aku dengar cerita kau berkempen di tol SKVE..

Kosong said...

haha..

Anonymous said...

orang kuat BN

Kosong said...

he

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian