Mar 17, 2013

Kalut

Aku takut,
Takut melihat keadaan yang semakin kelam,
Melihat arus air yang semakin deras mengalir,
Membawa segala apa berada diatasnya,
Tanpa mempedulikan keadaan yang lain,

Aku takut,
Takut melihat fitnah yang berleluasa,
Yang menyelubungi masyarakat yang semakin hilang arah,
Mereka membenarkan apa yang ada dipuak mereka bukan kerana Allah dan Rasul,
Kebenaran itu dipilih-pilih mereka,
Fitnah itu akan dikata fitnah bila terkena batang tubuh mereka,
dan jika mereka yang mengaibkan orang lain, itu tidak mereka senyapkan,
Mereka bertepuk tangan bila mereka mengaibkan orang yang mereka benci (mereka katakan itu merupakan sebahagian daripada agama)
dalam masa yang sama, mereka kafirkan, memaki, mengutuk sesiapa saja yang mengaibkan mereka,
Tidakkah mereka sedar, mereka itu sama sahaja?

Lihat,
Betapa mereka menjual beli agama,
Kebenaran tidak lagi dilihat berdasarkan Nas dan Dalil,
Tetapi mereka melihat kebenaran itu sentiasa ada kepada mereka,
Walaupun perkara itu Mungkar..,

Aku kata,
Tiada siapa yang akan terlepas daripada melakukan kesilapan,
Kau Perdana Menteri? Kau Hakim? Kau ulamak? kau Tokguru? Kau ustaz? kau artis ? kau siapa pun tetap tidak lari dari kesilapan hatta para ulamak terdahulu kita..,
Kesilapan itu adalah fitrah manusia, kecuali Nabi..,
Tapi mereka kadang lupa..
Mereka meletakkan makam Maksum dalam kalangan mereka,
Tidakkah mereka sedar perkara ini?


Aku kata,
Kau parti apa pun, kau tetap perlu ikut Alquran dan sunnah Nabi,
Kau wajib mengikuti segala apa yang telah ditetapkan,
Bukan sekadar ingin Hukum Allah, tetapi perkara luas lain mencakupi ibadah seharian, muamalat dan sebagainya,
Tetapi mereka bisu. Mereka buta dengan ini semua,
Mereka lantang bersuara atas perkara yang mereka sendiri tidak tahu,tidak pasti,

Dulu,
Aku berpendapat bahawa setiap orang punya pandangan/ pendapat  yang patut kita terima.
Aku sebenarnya silap. Ya aku akui..
Bila aku belajar, baru aku faham bahawa dalam kita menerima pandangan seseorang, kita perlu lihat garis yang telah ditetapkan oleh agama.
Tidak semua pendapat kita boleh terima, kerana ada pendapat yang bathil, pendapat yang memasukkan perkara Mungkar kita harus tolak!..,
Terima pendapat selagi tidak bercanggah dengan Alquran dan Hadis Nabi,
Jangan terima bila ianya hanya taklik buta yang bersandarkan hanya kepada akal semata-mata. Jangan!

Jika hari ini aku hilang kawan kerana apa yang aku pegang ini,
Aku redha,
Kerana, hilang mereka kerana hanya ingin keredaan Mu adalah satu perkara yang besar..,

Atas alasan apa lagi yang boleh kita beri untuk berpaling daripada kebenaran yang Nabi telah bawakan?

Aku sebenarnya tewas dengan diri sendiri..,

4 comments:

Anonymous said...

yakin dengan diri

Kosong said...

Ramai yang jadi bongkak bila terlalu yakin dengan diri tau..

Terima kaseh rajen nasihat..he

Anonymous said...

sebab tu penting hidup berkumpulan....sentiasa ingat-mengingat

Kosong said...

Jangan lihat kuantiti, tetapi lihat kualiti..

semat

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian