Mar 22, 2013

Hari ini..,

Hari ni adalah hari dimana aku memula keluar ke dunia. Hari yang sesetengah orang adalah hari yang sepesel dan wajib disambut dengan wish-wish segala. Hari dimana kekadang aku sendiri pun boleh lupa. Ketara sungguh ketuaan disitu.

Aku paling tak suka bila ada yang wish. Sebab itu dalam mana-mana akaun social networking aku, aku off kan segala yang berkaitan dengan tarikh lahir. Bukannya nak cover atau apapun, just aku rasa benda tu privacy. Lagipun aku rasa macam kebudak-budakkan bila ramai yang wish segala. Orang lain sangat suka bila ramai yang wish, tapi bukan aku. Aku rimas!

Bila umur meningkat ni, wajib kita ingat yang kita sebenarnya telah dekat kepada dengan kematian. Walaupun umur tiada kaitan secara langsung dengan kematian (ajal maut ketentuaan Allah), tetapi formulanya begitu.

Bila dah meningkat setahun lagi usia, kau harus tanya diri,Dah cukup segala amal perbuatan? Atau masih lagi ditakuk lama. Masih lagi memilih-milih khilaf sebahagian ulamak dalam beribadah, tanpa merujuk yang mana sebenarnya 'lebih hampir' kepada amalan Nabi?

Adakah masih lagi kita tertarik dengan islam kerana lawak yang diberikan oleh para pendakwah kita, atau berdasarkan ajaran, amalan yang diwarisi oleh nabi itu sendiri.

Atau adakah kita masih lagi menyalahi segala sunnah tanpa sedar yakni berbuat sesuatu amalan bukan bersandarkan amalan Nabi tetapi kerana hanya bersandarkan itu adalah baik semata-mata? atau kerana tiada larangan maka benda tu ok, walhal kita sebenarnya tanpa sedar mula mencipta amalan baru. Jadi, apa guna segala ilmu hadis sanad segala kalau kita sendiri tidak kesah tentang asal amalan kita yang harus datang daripada Nabi dan para sahaba?

Kesimpulannya, Alhamdulillah kerana aku masih lagi diberi peluang untuk terus hidup...

1 comment:

Anonymous said...

semakin hampir dengan hari lahir, tanda semakin hampir dengan ajal

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian