Dec 20, 2012

Terasing..,

Nabi pernah bersabda, islam itu datang dalam keadaan terasing dan kelak dia akan kembali terasing.

Aku melihat masyarakat seakan-akan  seperti itu sekarang bila mereka melihat orang lain dekat dengan islam, dekat dengan sunnah nabi, dekat dengan apa yang dikatakan kebenaran yang hakiki. Mereka pelik perkara itu. Dan akhirnya golongan ini menjadi terasing dalam masyarakat. ( Bukan bab artis yang baru bertudung)

Antara sedar atau tidak, kadang kita sendiri yang menyebabkan islam itu terasing dek kerana terlalu banyak pengaruh luaran yang menguasai minda kita. dan ditambah lagi ilmu agama kita sendiri yang cetek tentang islam itu.

Pengaruh inilah yang meresap dalam setiap amalan yang kita lakukan. Pertimbangan dibuat berdasarkan 'kebaikkan' amalan itu, bukan lagi kerana ianya datang daripada Nabi saw atau pun tidak. Bagi sesetengah orang, perkara ini bukan menjadi isu besar dalam agama. Bagi ulamak ini adalah perkara yang serius.

Pertimbangan akal lagi diutamakan berbanding sunnah yang datang daripada nabi. Ulamak dulu selalu berpesan, bila bertembung kata-kata mereka dengan hadis, maka tolak kata-kata mereka, ambil hadis, ambil  kata-kata nabi.

Mereka faham kedudukan hadis itu adalah tertinggi berbanding akal fikiran mereka. Setinggi mana pun ilmu agama kita, akal itu tidak akan pernah lebih tinggi daripada hadis dan hadis akan tidak pernah menyalahi kehidupan.

Kita sedia tahu, setiap tindakan, perbuatan, dan kata-kata nabi saw itu adalah atas pimpinan Allah. Jadi, adakah akal kita melebihi perkara tersebut?

Dari pemerhatianku, bila kita mengikuti sunnah nabi saw, pasti akan terasing. Ganjil pada pandangan masyarakat. Pelik pada pandangan sesetengah orang. Tapi itulah kebenaran.

Sunnah membaca surah al kahfi pada malam jumaat misalnya. Masyarakat kita tinggalkan amalan ini. Tetapi apa yang terjadi sekarang? apa yang diamalkan oleh kebanyakkan masyarakat ialah membaca surah yassin pada malam jumaat seboleh-bolehnya secara berjemaah. Mereka mengatakan ianya mempunyai kebaikkan/khafiat. Nampak tak disitu perbezaan? pertembungan?

Bila kita tidak amalkan membaca yassin, kita menjadi terasing dalam masyarakat. Kita digelar dengan pelbagai gelaran. Padahal kita tidak menidakkan suruhan membaca ayat alquran itu, tetapi kita menidakkan pengkhususan terhadap bacaan tertentu pada hari tertentu tanpa bersumberkan daripada Nabi yang dikatakan mempunyai 'khasiat' tertentu..

Adakah kebaikkan yang akal kita fikirkan itu melebihi suruhan Nabi saw? Kalau benar itu amalan yang baik, amalan yang datang daripada nabi saw, sure dan aku sangat yakin Nabi saw dah suruh lakukan. Suruh amalkan.

Adakah kita tahu, secara tidak sedar sebenarnya kita mengatakan bahawa kita lebih tahu kebaikkan amalan itu berbanding Nabi saw ? Nauzubillah.

Nabi saw berpesan,  dua perkara yang dia tinggalkan yang kalau kita berpegang kepadanya PASTI kita tidak akan tersesat selama-lamanya yakni Al quran dan as sunnah.

Jadi

Dimanakah letaknya tingkat akal kita berbanding dengan hadis nabi kalau para ulamak muktabar sendiri berfatwa tolak kata-kata mereka jika bertembung dengan hadis nabi yang sahih?

Ramainya orang melakukan sesuatu amalan itu bukan menjadi satu jaminan bahawa amalan itu betul disisi syarak. Apa yang penting ialah adakah ianya bersumberkan alquran dan as-sunnah.

Ajak hati untuk yakin dengan Sunnah Nabi. Ajak hati untuk meletakkan Hadis ditempat yang tertinggi jika bertembung dengan akal kita. Ajak hati untuk sentiasa mendahului hadis berbanding akal dalam setiap amalan.

Wallahu 'alam

Ps :

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]

2 comments:

datin said...

Bila amalan bidaah, bila amalan yang Nabi sendiri tak pernah ajar, dijadikan rutin, dibudayakan, dijadikan 'wajib', atas alasan? "Tambah pahala"
"Asalkan niat baik"
contoh lain:-
-solat hajat berjemaah. bukan solat jenazah je yg patot berjemaah?
-bacaan yassin time tahlil

Kosong said...

syukran atas penjelasan ini datin..

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian