Dec 15, 2012

Godaan Iblis..,

Di dalam Kitab “ TALBIS IBLIS “ ( Tipu-Daya Iblis ) hasil karangan Al-ImamIbnul Jauzi ( 510H - 597H ) , Bab : III , mukasurat : 23 – Terbitan : Dar Ibn Khaldun , Iskandariah , Mesir ada menyatakan sebuah kisah ( bukan hadist ) :

Suatu ketika dahulu ada sebatang pokok yang disembah oleh ramai manusia . Maka datanglah seseorang lelaki yang marah dengan perbuatan syirik orang ramai itu dengan kapaknya menuju ke arah pokok itu . Tiba-tiba muncullah syaitan yang menjelma sebagai seorang manusia biasa lalu menghalangnya .

“ Apa tujuanmu ke mari ? “ ; tanya orang ( syaitan ) yang menghalang itu .

Jawab lelaki yang memegang kapak itu : “ Aku mahu menebang pokok yang disembah oleh manusia ini kerana ia adalah perbuatan menyekutukan ( syirik ) ALLAH “ .

“ Apa masalahnya jika pokok ini terus disembah oleh orang ramai “ ; tanya syaitan itu lagi .
Si lelaki itu tetap mahu meneruskan niatnya .

Syaitan pun memujuk dengan katanya : “ Apakah engkau hidup dengan selesa sekarang ? . Begini sahajalah . Tak payahlah engkau menebang pokok ini . Dan sebagai imbalannya , setiap kali engkau bangun daripada tidur , di tepimu telah tersedia dua dinar ( duit emas ) “ .

Lelaki itu bertanya lagi : “ Hai , bagaimana mungkin aku mendapatkannya ? “.

“ Tak mengapa . Aku yang akan sediakannya setiap kali kau bangun daripada tidurmu “ ; ujar Sang Syaitan yang melihat pujukannya sudah berjaya .

Keesokan hari , lelaki itu memang mendapati ada dua dinar di tepi bantalnya apabila dia tersedar daripada tidurnya . Namun , selepas itu ( lusa ) , tidak ada lagi dua dinar sebagaimana dijanjikan sebelum itu .

Lelaki itu pun naik marah lalu bergegas menuju ke pokok itu untuk menebangnya . Tiba-tiba muncullah syaitan sekali lagi dengan rupa sebagai seorang manusia biasa .

“ Apa lagi kamu mahu ? “ ; tanya syaitan .

“ Aku mahu menebang pokok ini kerana marah dengan perbuatan manusia mensyirikkan ALLAH “ ; jawab pemuda itu .

Syaitan pun berkata : “ Kau penipu ! . Sebenarnya bukan kerana ALLAH , tetapi kau datang kerana mahukan dua dinar yang aku janjikan kepada engkau sebelum ini . Engkau tak akan dapat menebang pokok ini “ .

Lalu bertambah marahlah lelaki itu . Maka terjadilah pergaduhan di antara lelaki itu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang manusia biasa . Lelaki itu dihempas ke bumi dan hampir sahaja syaitan itu meragut nyawanya .

Lalu syaitan itu pun berkata : “ Tahukah engkau aku ini sebenarnya adalah SYAITAN ? ….. Pada mulanya dahulu engkau datang betul-betul marah dengan ikhlas kerana ALLAH semata-mata. Sebab itu aku tidak mampu mengalahkanmu . Namun pada hari ini , engkau datang dengan marah bukan lagi kerana ALLAH , tetapi kerana tidak mendapatkan dua dinar itu , maka aku berjaya kalahkan engkau “ .

***********************************************

Sebab itu kita perlu berhati-hati dengan tipu daya saitan. Kerana ianya datang menipu kita tanpa disedari. Tanpa kita ketahui. Tanpa kita terfikir pun.

Situasi ini mungkin telah berlaku dalam masyarakat kita.

Pak ustaz yang diberikan imbuhan ketika memberikan ceramah. Bila diberikan bayaran yang kurang daripada apa yang dia jangkakan, mulai dia merasa tidak puas hati. Maka disitu syaitan telah mengubah niatnya. Nauzubillah. 

Dan ketika itu, dia mula demanding tentang bayaran. Dia mula demanding bila jemputan tidak kena dengan statusnya atau jemputan yang mungkin kurang jemaahnya.

Begitu juga seorang ahli politik. Mula-mula berjuang kerana Allah. Ingin menegakkan kalimah Allah. Bila telah memasuki arenanya, bisikkan syaitan itu tiba. Segala cara dihalalkan demi mencapai matlamat. Maka disitu syaitan telah mengubah niatnya.

Niat telah ditukar iaitu ingin kuasa dahulu baru ubah yang lain. Padahal Nabi mengajar umatnya untuk menegakkan kalimah Allah dahulu, menegakkan tauhid mengesakan terlebih dahulu. dari situ baru memperolehi kuasa yang tiada tolak bandingnya. 

Begitu juga seorang biasa yang ingin menyokong kepada mereka yang berjuang atas nama islam kononnya. Niatnya ingin bersama jemaah. Dia ingin melihat islam itu bersinar. Tapi bila terlalu taksub kepada kumpulannya sedikit demi sedikit syaitan masuk kedalam hatinya. Maka disitu syaitan telah mengubah niatnya.

Yang dahulu dia begitu istiqamah membenteras kemungkaran kini terpaksa berdiam diri bila kumpulannya juga melakukan kemungkaran itu. Dia terpaksa berdiam diri bila maksiat berlaku dalam kalangan kumpulannya. Kesetiaan kepada kumpulannya dilebihkan berbanding Allah tanpa sedar.

Dibelanya semahunya. Tanpa dia sedar dia sebenarnya melemahkan islam itu sendiri. Tanpa dia sedar dia sebenarnya telah melemahkan dirinya sendiri. Tanpa dia sedar segalanya. Indah dipandangnya tapi disebaliknya syaitan bertepuk puas.

Begitu juga pemimpin sesebuah negara. Disebabkan ingin kuasanya kekal lama dia cuba melakukan sebaik mungkin. Hinggakan syaitan mampu membisikanya, mempengaruhinya. Akhirnya kerana ingin kuasanya kekal lama dia sanggup melakukan perkara yang melanggar syarak dan sebagainya. Maka disitu syaitan telah mengubah niatnya..

Jadi, berpeganglah kepada tali agama. InsyaAllah kita pasti akan dapat melawan bisikkan syaitan. Kuatnya diri kerana pegangan kita, iman kita. Kuatnya negara kerana masyarakatnya yang sedar kepentingan islam. Bukan sedar kepentingan politik semata-mata..

Wallahu 'alam..

6 comments:

Anonymous said...

atau mungkin sekarang manusia itu sendiri yang dah jadi syaitan..

-xmahu tinggalkan nama-

Anonymous said...

وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

Maksudnya;
“Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang”

(surah al- maidah ayat yang ke - 56)

Kosong said...

mungkin manusia itu syaitan. kan?

aku suruh tinggal nama, ko tak nak bagi. semat..

Anonymous said...

bile pemimpin kita nak sedar kepentingan islam?

Kosong said...

Sama-sama kita berdoa semoga pemimpin sedar dengan kepentingan islam. Tapi negara kita alhamdulillah, islam masih kuat diamalkan walaupun segelintir pihak cuba menidakkan perkara tersebut..

Jangan kita lihat satu keburukan tetapi menidakkan semua kebaikkan.

Anonymous said...

oi baca lah blog org

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian