Dec 11, 2012

Artis..,

Artis berhijrah dari tak bertudung kepada bertudung. Adakah kerana sebelum ini  mereka tiada kesedaran agama atau tiada kefahaman agama?

Suka aku nak kupas isu ini sebab sejak akhir-akhir ini, alhamdulillah,ramai para artismawan telah menampilkan imej islamic. Mereka telah menutup aurat. Fenomena yang sangat kita harapkan dan semoga ianya lahir dari keikhlasan kerana Allah.

Tetapi itu bukan isu asas yang aku nak bincangkan. isunya ialah bila segelintir dan sebilangan peminat2 mereka mengangkat mereka ini (artis) melebih-lebih seperti mereka merupakan golongan ilmuan. Bermaksud, mereka lebih mempercayai fatwa yang artis ini bawak kepada umum berbanding pendapat jumhur ulamak yang bertahun-tahun mengkaji ilmu.

Kesedaran agama membawa maksud mereka ini  tahu tentang perkara asas agama seperti dosa dan pahala secara umum atau kewajipan menutup aurat dan sebagainya. Jika mereka tidak mempunyai kesedaran itu, mereka pasti akan melanggar batas agama walaupun mereka faham. Hal ini kerana kesedaran itu adalah hidayah Allah.

Secara logiknya, takkanlah selama berpuluh-puluh tahun mereka hidup sebagai muslim mereka tiada kefahaman tentang aurat perempuan? takkanlah mereka tidak tahu perlunya menutup rambut dan sebagainya? Takkanlah mereka tidak diajar disekolah rendah atau disekolah menengah tentang fardhu ain? Mustahil bukan?

Analoginya seperti pencuri. Dia tahu mencuri itu berdosa dan jika ditangkap mereka tahu tangan mereka akan dipotong. Tapi, disebabkan mereka tiada kesedaran tentang pentingnya mematuhi perintah Allah dan kesedaran tentang pentingnya agama, maka mereka menggunakan jalan singkat untuk memperolehi kesenangan.

Jadi, adalah janggal kalau kita mengatakan artis ini dahulu tidak menutup aurat adalah disebabkan mereka dahulu tidak mempunyai kefahaman tentang agama. Aku percaya dan yakin mereka ini tahu tentang asas-asas fardhu ain, tahu tentang kepentingan menutup aurat, tahu tentang dosa dan pahala dan sebagainya.

Mereka tahu dan faham tentangnya tetapi mereka tiada kesedaran (Hidayah) lagi untuk mengikuti segala suruhanNya ketika itu. (Alhamdulillah mereka kini telah mendapat Hidayah Allah)

Lumrah manusia itu ialah mereka benci kepada keburukkan dan suka kepada kebaikkan. Tak percaya, cuba pergi tanya budak-budak kecik, tanya kan tentang menutup aurat, tanyakan tentang dosa dan pahala. InsyaAllah mereka pasti akan dapat membezakannya.

Ini yang harus kita fahami..

Kaedahnya, jangan kita menggangap para artis ini, yang berhijrah menutup aurat itu sama seperti mualaf yang baru memeluk agama islam. mualaf yang baru mempunyai kefahaman tentang islam dan sebagainya. Kedua-dua golongan ini cukup berbeza.. Bezanya seperti satu kain putih dan satu kain yang sudah bercorak.

Ya, kita perlu raihkan mereka yang berubah ke arah yang lebih baik, tetapi bukan menyanjung mereka melebih-lebih.

Lagi satu, jangan juga kita anggap mereka berhijrah ke arah yang lebih baik itu bermaksud mereka sudah setaraf seperti ilmuan agama. Tidak! Ilmu itu perlu dituntut bukan setakat cakap-cakap kosong sahaja. Untuk berdakwah kepada orang lain, kita perlu ada ilmu. 

Ingat pesan Nabi, sampaikanlah walau sepatah ayat. Sepatah ayat itu adalah ilmu, bukan perkataan atas sesuatu yang kita tidak ketahui atau kita tidak faham. Asas untuk berdakwah itu adalah ilmu. Kalau tiada ilmu, apa yang kita ingin sampaikan?

Jadi, persiapkan lah diri dengan ilmu jika kita ingin menjadi seorang pendakwah. Ingat, sebelum nabi berdakwah, baginda juga telah diajar membaca oleh Jibrail. Jadi kenapa tidak kita? fahami terlebih dahulu ilmu agama. Jangan kita jadi manusia yang sesat lagi menyesatkan.

Firman Allah,

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan
hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya ."
[Al-Isra' : 36]

"Perhatikanlah betapakah mereka mengada-adakan dusta terhadap ALLAH?
Dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang nyata bagi mereka."
[An-Nisaa' : 50]

Wallahu 'alam..

2 comments:

datin said...

ini lah yg tjadi bila orang yang diagung-agungkn, yang diangkat-angkat...ustaz ke, artis ke, bila terlampau disanjung2...

Kosong said...

Imam Malik rahimahullah berkata :

"Ilmu tidak boleh diambil dari empat orang :
(1) Orang bodoh yang nyata kebodohannya,
(2) Shahibu hawa` (pengikut hawa nafsu) yang mengajak agar mengikuti hawa nafsunya,
(3) Orang yang dikenal dustanya dalam pembicaraan-pembicaraannya dengan manusia,
walaupun dia tidak pernah berdusta atas (nama) Rasulullah Shallallahu‘alaihi wa sallam ,
(4) Seorang yang mulia dan shalih yang tidak mengetahui hadits yang dia sampai"
[Jami’ Bayanil ‘Ilmi, Imam Ibnu Abdil Baar]

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian