Jun 25, 2012

Aku suka..,

Aku suka warna hitam. Kerana warna ini sungguh misteri. Penuh mistik dan tanda tanya. Seperti aku. Gaya caraku selalu tiada terjangka. Oleh siapa pun. Aku suka, kerana itu buat aku rasa lebih berbeza.

Dari usaha sampai cara berfikir, aku selalu cuba beri kelainan. Agar impak yang aku inginkan itu jauh berbeda berbanding apa yang aku bayangkan. Kalau tidak beri beda, mencapai apa yang aku inginkan juga satu perkara yang baik.

Karekter begini kadang memberi masalah. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang cuba memahamiku dengan lebih jelas tetapi masih sukar untuk memahami. Aku tidak minta untuk difahami. Tapi cukup penghormatan itu hadir bersama dengan keinginan itu.

Jadi, berbuatlah apa saja. Kadang orang yang kita rasa lemah itulah yang kadang cukup 'berbisa'.

"A man will fight harder for his interests than for his rights" -Napoleon Bonaparte."


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian