May 26, 2012

Syukur.

Ramai konon tahu apa makna syukur. Bila dia dapat sesuatu yang berharga. bernilai. dan dia hargai. itulah di katakan bersyukur. yes. Tepat. Secara mudahnya itulah makna syukur. Kita berterima kasih atas rahmat, rezeki, nikmat, hadiah, basikal, kereta, rumah, awek, bini, dan kemudahan yang Allah beri kepada kita.

Bagaimana? dengan menghargainya. dengan share rezeki itu kepada orang lain. Tahu?

Namun kebelakangan ini, aku syak, ramai yang konon tahu bersyukur tapi sebenarnya tak bersyukur dalam diam. Pelik tak? aku pun rasa pelik dengan mereka yang berperangai saitan begini. Kadang rasa lincah je tangan nak lempang. biar sedar.

Bila dah dapat kerja misalnya. Kau patut bersyukur. ramai lagi orang tak bernasib baik tak dapat kerja sebaik kau. Ini tidak, komplen penat lah, komplen banyak kerja lah, komplen tak dapat cutilah, komplen itu ini. Baik tak payah kerja. kan? duduk rumah, perabih duit mak bapak. Manja nauzubillah mengalah bebudak darjah 5, tapi kalau melaram mengalah artis. Perangai apakah itu? fikir sendiri..

Dulu aku pernah baca. Bagaimana dapat meningkatkan rasa syukur atas apa yang kita ada. Kerja contohnya. kalau kau ada kerja. kerja Kerani misalnya. Kau jangan lah compare kerja kau dengan manager atau boss kau. kau kena compare dengan orang lagi rendah dari kau. contoh cleaner. Baru kau rasa, kau itu sangat bertuah. Yang kau compare tu, mereka yang dah kerja lebih dari 10 tahun, pengalaman luas mata memandang. Kau? tempoh 6 bulan bekerja pun tak lepas lagi. Berangan mengalahkan babi..

Kalau kau ada kereta kancil. Yang selalu kau kutok depan orang lain. (walaupun kereta itulah banyak berjasa dengan kau), kau janganlah nak compare dengan camry ke, vios ke. Mana kau akan dapat feel syukur dengan apa yang kau ada. Cuba compare dengan mereka yang pakai motorsikal macam aku ni? kalau hujan terpaksa berbasah. Kalau panas terik, terpaksa menjadi ikan kering ditengah jalan. Compare dengan mereka yang pakai basikal, jalan kaki dan sebagainya. tahu? Ntah-ntah berkaca mata kau fikir pasal mereka yang tak sebaik kau..

Sebab itu aku selalu cool bila member aku kutok motorsikal buruk aku. (Ni aku geram tulis benda yang baik ni. Mesti aku je jadi contoh. Adehh.) Yela, sebab aku compare dengan member aku yang naik bas pergi kuliah, yang berhimpit-himpit setiap hari. Yang naik basikal bagai. Better lagi aku sikit. kan? mahunya Allah tarik balik kemudahan aku ni, naya aku..

Cuba belajar untuk rendahkan ego. Banding dengan mereka yang kurang bernasib baik. Mesti ada bibit-bibit keinsafan dalam diri. Kalau takda, kau lempang sekali kepala. tu memang bebal tahap gaban dah tu.

Ofcourse kita kena belajar untuk pandang kehadapan. Banding dengan mereka yang lebih baik supaya motibasi diri akan meningkat. Tapi itu hanya menyebabkan kau belajar untuk tak retis bersyukur. Kadang boleh buat kau down. Tak ke bodoh? Usaha pelan-pelan. Semua itu Allah dah tetapkan.

Once kau bersyukur apa yang kau ada, Allah akan permudahkan segalanya. setiap kesusahan yang kau tempuh pasti dibalas dengan kemudahan yang kau tak jangka. Sungguh. Pasal agama ni, kau tak akan pernah rugi untuk patuh, malah kau akan dapat ganjaran.

Ni aku tinggalkan kata-kata berbisa sebagai penutup. Quote aku amek dari Hamka kereta mayat; 

“Hatiku sedih kerana tidak berkasut baru, namun kesedihanku hilang apabila dijalanan, aku terjumpa dengan manusia yang tiada kaki..”

Renung-renungkan, selamat beramal

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian