May 5, 2012

Angin..,

Angin,
Aku ingin berkata kepadamu, aku ingin memberitahu kepadamu, aku ingin kau menjadi penyampai apa yang terbuku dihati kecil ini. Aku ingin kau menyapa hatiku, biar dingin dikala kehangatan membingit diri.

Angin,
Jangan kau pernah menduga hati. Kerana hati itu sukar untuk dimengerti. Hati itu sukar untuk difahami. Kerana sang empunya juga kadang tidak bisa mentafsir rasa yang mencuka didalam diri. 

Angin,
Ingin aku berkata kepada pelangi. Ingin aku meluah kepada bintang, ingin aku berbisik kepada bulan. Biar dia sedar, dia punya diri yang sangat dikagumi. Yang tidak perlu merintih memohon simpati. Tidak. Tak perlu. Kerana dia punya harga diri. Yang sangat aku kagumi.

Angin,
Tahukah kau rasa ini sangat derita? sangat parah ditelan masa. Sangat sakit membiar diri terlena dalam mimpi bahagia. Mimpi yang bukan kau menjadi watak utama. Tapi sekadar pemerhati duka..

Angin,
Aku tahu kini. Kadang, kata-kata itu tidak pernah membawa maksud apa-apa tapi tindakan. Kata itu bisa menipu. Kerana hati punya ego. Hati itu boleh jadi keras kerana amarah..Bodoh bukan?

Angin,
Kau tahu perasaan itu?, bila kita tahu mereka berbohong, tapi kita cuba mengiyakan sekadar menjaga hati  dan supaya kita terus mampu berdiri? Rasa itu sumpah sungguh celaka. Rasa seperti kau dipijak dikepala tanpa mereka memohon maaf.

Angin,
Kau tahu rasa bodoh tu bagaimana? Aku tahu.Seperti kau menunggu buah durian jatuh dibawa sebatang pokok kelapa. Sia-sia..

Angin,
Terima kasih..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian