Apr 10, 2012

kekeliruan..,

Aku pun tak tahu. Apa yang sedang berlaku dalam politik negara sekarang. Dan aku cuba untuk tidak ambil tahu banyak pasal permainan politik yang kadang songsang hanya semata-mata untuk mengambil hati rakyat ini.

Namun, semakin dekat dengan election, semakin itulah terlalu banyak isu-isu rakyat yang timbul. Konon nak menghilangkan beban rakyat, nak membantu rakyat, padahal semua itu sebenarnya semata-mata inginkan kuasa, inginkan perhatian rakyat. Pasti habis madu, sepah dibuang. Habis pilihan raya, janji semua tinggal janji. Itu politik.

Aku sangat teruja mengikuti cadangan oleh sesetangah parti politik untuk memansuhkan ptptn. Tapi berdasarkan apa yang aku faham, semua itu tidak mungkin berlaku dengan berjaya jika ekonomi negera seperti sekarang. Boleh pun mungkin hanya beberapa tahun saja mampu bertahan. Lepas tu pasti timbul banyak masalah.Terutama kepada negara.

Kepada peminjam, kalau dah meminjam duit orang lain, janganlah liat nak membayar semula. Dah dibagi betis janganlah pula nak paha, leher bagai. (aku berani cakap, sebab aku pun dalam kategori peminjam). Aku tak naklah belakang hari generasi adik-adik aku mengalami kesukaran untuk menyambung pelajaran sebab tiada tajaan.

Normay dengan Malaysia? err bandingkan sendiri je lah tahap ekonomi negara kita ini dengan Norway ni.

Berjanji biar relevan, baru rakyat senang hati.

Dah bersih 0.3 ni agenda pasai pa plak? ke agenda untuk menagih simpati rakyat dan juga simpati negara asing? yela, kalau kalah nanti, ada juga isu nak dprotes tentang proses pilihan raya Malaysia tidak telus, fulus dan sebagainya. Ntah-ntah bawa negara asing campur tangan. Nak keadaan lebih baik, malah lebih buruk. Lepas tu akan ada bersih 0.4 bersih 0.5, bersih 100. Yang tak bersih-bersih negara diri dan sebagainya..

Ps : menembak tanpa sasaran sama erti melakukan perkara yang sia-sia.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian