Apr 15, 2012

Kau percaya nasib? dulu aku percaya. Bila aku jadi kacak, bila aku jadi kool, sebenarnya memang nasib aku jadi begitu. Misalnya. Tapi sekarang, aku tak percaya. Aku percaya itu adalah ketentuaan Allah.

Mungkin Tuhan nak bagi aku rasa bagaimana perasaan menjadi kacak, atau diminati. Layak seperti artis. eh aku tak suka artislah. So jangan babitkan aku dengan artis, walaupun aku errr malas nak tulis lanjut..

Maka jangan persoal ketentuanNya, kerana itu mungkin adalah yang terbaik. Mungkin itu caraNya untuk melihat samaada perkara yang kita lakukan itu betul atau tak betul, samaada perkara yang kita lakukan itu memang untuk kita atau tak. Banyak lagi 'samaada' yang kau perlu cari sendiri.

Contoh sekarang. Aku mengantuk tapi aku tak boleh lelap. err aku tak tahu dah nak sambung ayat ni hahaha.

"Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir walau betapa empuknya pasir itu. - Pepatah Arab"

Kembali kepada track. Jangan biarkan diri ditertawa bagai. Atau membiarkan maruah direntap oleh takdir tuhan. Tak perlu. Macam aku. Walau aku tahu aku tak boleh menukar pindah dari sini, aku tetap positive kepada diri yang aku boleh pindah. hakikatnya nehi, tak boleh. Banyak perkara aku terpaksa hadapi lagi kalau aku buat kerja gila. Cukuplah aku jadi gila. kan?

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian