Apr 14, 2012

Janganjadibodoh..,

Bila sibodoh berkata, semua pasti indah belaka. Itu aku tahu. Pepatah selalu mengatakan, mengajar orang yang memang tak nak faham adalah sangat payah berbanding mengajar mereka yang kurang pandai. Walaupun mereka yang tak nak faham itu pandai dari kita. Itu adalah perkara yang sangat bebal yang kita lakukan.

Aku pun tak tahu apa benda aku tulis paragrap atas ni. Tapi motifnya, jangan jadi bodoh ulang kesalahan yang kita lakukan atau orang lain lakukan berkali-kali walaupun kita tahu itu adalah salah. Mengulangi kesalahan itu jangan.

Bila benda yang kau lakukan itu adalah salah dan kau sedari bahawa perkara itu adalah memang salah, maka kenapa tidak kau berhenti melakukannya? "berhenti melakukan kesilapan itu lebih terpuji berbanding melakukan kesilapan yang sama." Walaupun kedua-dua perkara itu adalah banggang. hahaha

"Jangan memperbodohkan diri sendiri dengan perkara yang kau tahu duduk silapnya"

Semenjak dua menjak, hati aku semakin tenang dengan keadaan. Yela aku nak juga heboh dekat sini aku happy bagai. Biar datin tahu aku happy. Biar dia tahu, aku semakin mendongak memandang masa. err kadang perempuan ini payah juga nak dimengertikan eh?

Ala tegal biasa.

Masa bercinta ni kau perlu usaha untuk tidak percaya terlalu sangat. lebih-lebih lagi long distance relationship. Bukan nak hilangkan perkara itu. Tidak. tetapi perlu tahu menilai perkara yang buruk mungkin berlaku. Kadang lelaki mahupun perempuan cetak fikiran juga bila disuap dengan ayat-ayat manis, jiwang, janji nak kahwin, gelak ketawa, senyum riang bagai oleh orang yang tiba-tiba menjadi orang tengah diantara perhubungan kita. kan? Biasalah, hati ketika itu bagai direnjat kejutan elektrik cinta. #cintabanggang

Sekali tup-tup kena tipu. Kau mahu rasa itu? aku tak nak..Gilakbabi.

Tapi kalau dah tahu perkara tu berlaku, lepas tu buat-buat bodoh konon berpegang kepada prinsip 'cinta itu harus diperjuangkan' ha kau rasa lah azab belakang hari. dengan prinsip-prinsip kau sendiri itu nanti menangis darah berulam naga. kan? 

Blah la eh kalau dah terkena..

Kau takkan rugi tinggalkan perkara yang menyakiti dan akan menyakiti kau kelak. Sungguh. err ini bukan nasihat untuk datin ye atau sesape pun. Ini aku tulis soal artis yang baru bercerai. Yang dulu aku minat gila muhahahahaha..

Hati yang terluka boleh diubati dengan masa. Berhenti sebelum ia semakin parah. Berhenti sebelum kita menyesal seumur hidup. Berhenti sebelum kita tidak mampu melakukan apa-apa perkara lagi. Berhenti sebelum kau semakin hina dipandang masa. Sungguh.

belajar dari aku. hahaha

errr sekian..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian