Mar 11, 2012

Sungguh..,

Sungguh dunia ini tidak adil.
Sungguh dunia ini sangat kejam.
Sungguh dunia ini sangat tidak munasabah.
Sungguh dunia ini hanya sementara.
Sungguh dunia ini hanya persinggahan.
Sungguh dunia ini terlalu hina.
Sungguh dunia ini tiada belas kasihan.
Sungguh dunia ini bukan untuk keseronokkan.
Sungguh perasaan ku hampir mati.
Sungguh aku mula berfikir balasan tuhan.
Sungguh aku mula sedar kesilapan.
Sungguh aku sudah tidak bermaya.
Sungguh aku hanya dipermainkan.
Sungguh aku perlukan semangat.
Sungguh aku perlukan kekuatan.
Sungguh aku perlu mati sebentar.
Sungguh aku perlukan istiqarah.
Sungguh aku tiada guna.
Sungguh aku hanya persinggahan.
sungguh aku hanya layak ditertawa.
Sungguh apa yang aku lakukan adalah sia-sia.
Sungguh segala usahaku hanya dipandang sebelah mata.
Sungguh aku ingin bebas dari perasaan ini.
Sungguh aku tidak kuat melakukannya.
Sungguh hatiku sangat marah.
Sungguh hatiku sangat rasa terhina.
Sungguh aku ini tidak bernilai.
Sungguh aku ini tidak ada harga diri.
Sungguh aku sudah tidak kuat..

Ya Allah, ujian ini sungguh menguji..
Berilah aku kekuatan untuk mempertahankan maruahku..
Jika ini akhirnya yang Kau inginkan, tiada apa yang mampu aku lakukan.
Jika ini yang Kau kata yang terbaik, sungguh aku tidak mampu melakukan apa apa.
Jika ini yang Kau yakini bukan milikku, Sungguh aku tidak mampu melakukan apa-apa.
Jika ini merupakan petunjukMu, Sungguh aku tidak mampu melakukan apa-apa.
Aku sungguh terhina..

1 comment:

cahayaSyahkina said...

prob's = challenge = tough = success

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian