Mar 6, 2012

Senyum sumbing..,

Tolong bagi ruang untuk aku bernafas seketika.

Aku terasa nak menulis lagak seorang penulis ulung negara. Bajet segala tulisan mungkin dibaca oleh seluruh pelusuk tanah air. Hahaha. Padahal, menulis pun sekadar minat dan ingin membuang masa sekadar yang perlu.

Kadang terperasan juga, ramai yang baca. walaupun yang baca pun maybe haters yang gampang gilaBABI. Tak kisahlah, sudah menjadi adat melayu malaysia. Tidak akan senang melihat hidup orang lain. Ada blogger yang pernah ulas hal menjaga tepi kain orang lain ini (aku dah lupa siapa), tapi, apa point yang aku perolehi ialah, kalau tak nak orang lain busy body, privatekan blog. Boo adyshah..

Alhamdulillah, segala hal berjalan dengan baik ketika ini. Mungkin itulah hikmah..

Pulang dari kerja, memang tak sah kalau tak tersekat dalam kesesakkan. Tadi aku juga begitu. Nasib baik aku hanya membawa motorsikal, maka cilok sana sini akhirnya sampai dengan selamat dan cepat juga. sebab itu aku selalu cakap, setiap sesuatu punyai kelebihan.

Sebenarnya ada beberapa cara nak elakkan kesesakkan jalan raya. Mula-mula kau balik lambat. dalam pukul 6.30 petang ke. Yela daripada kau dok tersangkut dalam jem atas jalan tu, baik kau duduk ofis dulu, check email ke, check facebook ke, solat asar ke dulu, kalau yang berkelapangan tu, pegi baca almathurat ke, baca yasin ke, bersihkan ofis ke, mengumpat dulu ke hahaha, kan ada juga pekdah.

Kalau duduk atas jalan, lepas tu dengan memaki sana sini, sakit hati segala, lepas tu terlepas lagi asar emmm lu pikir sendiri..

Tengah hari tadi, masa aku balik nak tidur, dalam aku menunggang motor tu, tiba-tiba macam ada percikkan hujan. Mula-mula aku ingat hujan panas.sebab masa tu memang cuaca sangat kebabian panas. Lepas tu, aku tolehlah kiri, aku toleh kanan, toleh depan, laa, lori depan ni yang dok memercik air.

Masa tu aku mula cuak. Yela dulu member aku pernah terkena. masa tu dia dok lalu bontot lori, tiba-tiba air memercik memandikan dirinya. Bila dia check apakah air itu, rydalam lori tu ada babi. Mahunya dia samak satu badan. hahaha. kalau boleh nak je dia minum air tanah tu. kot kot terminum air badan babi.

Tapi tadi, nasib bukan lori babi. 

Ps : Tadi aku rasa nak mengamuk. Ntah kenapa. Tapi bila aku teringat ayat ' let me be the last'..tiba-tiba aku tersenyum sumbing..hahahaha

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian