Mar 11, 2012

Pelangiku..,

Kadang Allah sengaja memberikan petunjuk yang salah kepada kita kerana Dia hanya ingin mengusik hati supaya berfikir tentang pilihan yang kita lakukan itu. Allah itu maha bijaksana. Sebenarnya kesilapan itu datang dari diri kita kerana mungkin telah silap mentafsir sesuatu keadaan.

Salahkan diri sendiri kerana terlalu banyak berfikir dan mentafsir. sedangkan sudah terang lagi bersuluh pilihan kita itu mungkin sudah tidak sesuai dan memang tidak sesuai sejak dulu lagi. Allah menghadirkan sesuatu itu tidak kerana sia-sia, tetapi Dia ingin melihat sejauhmana kita bersyukur dengan apa yang ada didepan mata.

Jangan fikirkan benda yang jauh dari jangkauan sedangkan apa yang ada dihadapan kita adalah sebaik-baik pilihan jika ingin dibandingkan. Hati itu kadang menipu. Berdoalah kepada Allah bahawa apa yang kita lakukan ini adalah yang terbaik. Dan jangan lihat kebelakang lagi.

Perkara yang sia sia itu berlaku bilamana kita selalu berfikir bahawa kita 'mungkin' menyesal dengan segala pilihan yang kita ambil. Akan tetapi kenapa tidak kita bagi peluang kepada diri dan bagi peluang kepada orang lain yang menghargai. Tidak salah untuk penting diri sendiri.

Dulu aku selalu fikir ego aku adalah paling betul. Dan aku tidak akan tunduk dengan ego orang lain. Itu adalah muktamad. Stop. Tapi bila dah semakin meningkat umur, Semakin pandai berfikir, banyak perkara sebenarnya yang perlu aku pertimbangkan selain daripada self-esteem. Aku tidak ingin kehilangan sesuatu yang aku bina semata-mata kerana ego diri. Ingin kelihatan gah dimata sendiri. Tidak.

Aku juga tidak ingin kelihatan loser kerana mungkin menyesalinya dikemudian hari dan akan blame diri sendiri kerana ego bodoh sombong whateva pada masa lalu..Hell no. Aku dah pernah mengalami keadaan itu dan tidak mungkin aku akan ulanginya semula. 

Pakar sejarah mengatakan, mereka yang mengulangi sejarah adalah mereka yang tidak faham, tidak tahu sejarah. Bagi aku, mengulangi perkara yang pernah kita lakukan (yang negatif) adalah sangat bodoh.

Ego perlu tetapi bukan dengan perkara yang kita mungkin akan menyesal suatu hari nanti. Itu aku. 

Aku pernah baca satu buku motibasi. Ayat tu berbunyi begini, jangan memberikan harapan kepada seseorang jika kita tidak mampu untuk memberikan komitment.

Bila aku fikir semula, mungkin ini adalah petunjuk yang Allah janjikan. Baru aku mengerti.

Ps : Pelangi itu jauh cantik daripada bulan..

Ps : Biarlah ia berlalu.., 

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian