Mar 25, 2012

laptop..,

Aku dah lama beli laptop ni. Aku rasa masa semester dua lagi (degree). Aku bersyukur bila punyai dia. Yang banyak membantu aku buat kerja, dan pelbagai lagi hal.

Masuk ni, dah berkali-kali dah dia sakit. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin dia dah bosan layan perangai aku yang ntah apa-apa. But i do love this gadget. Dan aku sangat menghargainya. Kalau di bagi pilihan lain, aku still akan berat hati untuk memilih untuk meninggalkannya. dan aku tidak akan tinggalkannya.

Jasanya banyak kepadaku masa aku tengah bertungkus-lumus menyiapkan projek tahun akhir dulu. walaupun masa tu dia sakit-sakit, tapi dia terus menyumbangkan bakti yang tak berbelah bagi. Lihat, betapa setianya dia. kan?

Sekarang, aku lihat dia selalu saja sakit. Itulah inilah. Sampai aku semakin risau. Ya, kerana everything yang aku lakukan, samaada untuk thesis mahupun kerja, semua memerlukan dia.

Ya Allah, jagalah Gadget aku ini kerana aku masih memerlukan kepakarannya lagi.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian