Mar 28, 2012

Kura-kura

Ada dua hari lagi aku disini. Tapi seperti masa ni sangat lambat berlalu. Macam kura-kura. Aku rasa, kura-kura pun lagi cepat bergerak berbanding masa ketika ini. Bila kita tunggu masa, masa tu mesti akan lambat bergerak. Kan? Gilak..

Alhamdulillah, segala hal aku dah settlekan sedikit demi sedikit. Kecuali Master (zzzzzz). Barang aku dah packing awal. Terlalu banyak barang yang harus dibuang, yang harus dibawa balik. Beginilah perjalanan sebuah kehidupan. Gaji tak masuk lagi, maka aku terpaksa mengikat perut segala. Dalam dua hari masuklah tu kot. Tapi buat masa ni aku kena berjimat sebab sekarang memang aku perlukan banyak duit.

Aku tolak sana, tolak sini, alhamdulillah semua akan baik-baik saja. Aku percaya semua ini akan berakhir dalam sebulan dua lagi. Sekarang agak sedikit payah sebab, ye la, banyak perkara perlu disettlekan lagi (this is not about heart anymore), master misalnya.

Kerja disini semakin meruntun kesabaran. Betul kata akak, hujung bulan pasti akan sedikit mengelabah. Mungkin itu perancangan tuhan sebelum kita memperolehi bayaran hasil kepenatan itu. Anak buah aku dah tak sabar nak jumpa aku. Aku lebih lebih lagi tak sabar nak membuli budak-budak tu. Ntahlah. Aku hanya perlukan masa untuk diri aku sekarang ini.

Dekat ofis, pekerja macam berlumba-lumba bawa anak ke pejabat. Ntah, mungkin aku seorang yang suka dengan budak-budak maka aku rasa suasana begini sangat best. Oneday mungkin aku juga begitu. Bawa  anak pergi mengajar. Ntah-ntah aku kahwin hujung tahun ni, tahun depan dah ada anak haha.  siapa tahu perancangan Tuhan?

Ps : 'To anyone that ever told you you’re no good; they’re no better!'

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian