Mar 24, 2012

Kamu tahu?

Aku semakin kurang jelas dengan apa yang aku mahu, apa yang aku inginkan disini. Kadang aku rasa, semua apa yang aku lakukan sudah semakin kurang jelas. Aku tidak tahu dimana silapnya. Mungkin semangat aku lemah. Mungkin.

Aku cuba mengadu tapi seringkali diadu. Tiada siapa faham kecuali aku. Yes me, Adyshah. Semakin hari, semakin kelam aku lihat perkembangan researchku. Aku tidak tahu bagaimana untuk mengubahnya. Sv aku dah nak bersara. Dia ingin menumpukan sepenuh masa dengan isteri dia yang sering sakit.(semoga Allah menjaganya)

Tinggalkan aku yang terkontang kanting disini. Dua hari lepas, rakanku berkata. Seorang lecture telah menerangkan, data yang kami perolehi ini sangat tidak mencukupi dan kurang valid. Bayangkan? untuk dapat kan data research ini pun kena berhempas pulas walaupun masih tidak mencukupi. Sekarang, nak ambil data daripada mana?

Pusing bila memikirkan..

Terasa beban ini sangat melelahkan pergerakkan aliran darahku, pergerakkan oksigen bagai. Aku ingin cepat siapkan semua ini dan cuba hidup lebih bermakna lagi. Sekarang aku hanya menanti apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Walaupun aku lihat kelam. Aku doa. Aku harap semua ini berbaloi

Masih teringat lagi kata-kata rakanku daripada seorang lecture yang pakar dalam bidang ini. 'kalau begini data yang kamu perolehi, bukan saja kamu berhadapan dengan major correction atau minor correction, tapi berkemungkinan tak capai nak lepas untuk lulus. what???

Tuhan, apakah ini ujianMu keatasku lagi??

Sekarang, aku hanya perlu bersabar, bersabar dan bersabar dan terus berdoa berdoa dan berdoa semoga semua 'kecelakaan' ini berakhir dengan baik. 

Dan dipenghujung garisan nanti, aku akan tersenyum riang. InsyaAllah.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian