Mar 22, 2012

Coolest..,

Soal hati adalah soal yang sangat rumit. k.z kata terus berjuang kerana disitu mungkin ada kemanisan (aku ubah ayat jadi semat). Jadi aku pernahlah berjuang tapi gagal. Kalau ikut prinsip orang niaga, gagal dan harus bangkit. Tapi bagi aku, dalam soal ini, kalau gagal, harus blah. haha

Soal hati tiada unsur paksaan. Once kau dah tak nak, maka setop disitu. Lebih baik blah daripada terpaksa berpura-pura. Ingat, tuhan marah orang hipokerit. Selalulah ingat bahawa setiap apa kejadian adalah  atas kehendakNya. Maka usah gusar, usah kuatir, just go on with your life.

Hey, i'm cool lah..

Semalam aku borak dengan kak boss. Ntah kenapa ringan mulut nak sembang. Mungkin mood dia ok dah. Hari tu bukan main lagi dia moody dengan aku (ntah sebab busy kot). Tapi Alhamdulillah semua baik saja.

Aku tanya dia dah lama tak kerja situ (tempat kerja akulah). Lepas tu dia kata, baru je, sebelum ni dia ikut husband tinggal dekat obersea sebab sambung belajar. Lepas tu Allah bagi dia kerja. Then dia cerita soal bagaimana kepayahannya masa mula-mula study phd. Banyak tips yang dia kongsikan. Aku juga ikut teruja mendengarnya.

Dia kata sebagai student, halangan itu pasti ada sebelum kita berjaya. Cuba berlapang dada dengan segala itu. Lihat ianya sebagai satu perkara yang positif sebelum kita menjadi seorang yang benar-benar berkualiti dari segi mental dan fizikal. Betul, bila dah banyak benda berlaku dekat aku, baru aku faham apa itu kehidupan.

Semalam member datang ziarah. Dah lama tak jenguk aku semenjak aku quit dari join dorang he. Aku suka bila mereka ziarah, sebab mereka akan cakap soal kesedaran atas iman. Mereka akan cerita pasal kebesaran  Allah. Semalam mereka tanya dengan aku, macam mana sudah master? Bila mereka tanya, aku seperti baru terjaga dari tidur yang panjang. Aku sendiri tak tahu apa perkembangan Masterku sekarang.

Semenjak aku sibuk jadi r.a, aku kadang tak hirau sangat soal master. Padahal datelines dah semakin dekat. Ah, Allah ada bersamaku. Jangan bimbang, semua akan baik-baik saja. Percayalah (dato sipi nuhaliha, 20**)

Tuhan, Rendahkanlah diriku pada pandangan manusia, dan tinggikanlah aku disisiMu..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian