Mar 13, 2012

Berhenti..

Aku pun tak tahu apakah yang sedang berlaku. dan sangat tak tahu apa yang harus aku lakukan.

Aku cuma berharap aku dapat hati yang tenang semula.

Aku cuma harap dapat diriku yang dulu..

Aku cuma harap aku dapat hidup gembira..

Aku cuma harap, aku cuma harap, aku cuma harap, aku dapat banggakan family aku..

Aku cuma harap aku seperti orang lain, yang dapat hidup dengan baik..

Tuhan,

Apa lagi ujian yang kau inginkan dari aku? Aku sedia menerimanya..

Aku telah cukup teruji olehMu,

Tidakkah itu belum cukup lagi untuk aku buktikan bahawa aku sangat mencintaiMu?

Kau telah ambil kakak kesayanganku tika itu, aku juga redha dengan kententuanMu..

Kau bagi aku rasa terlantar dihospital berhari-hari, aku bersyukur kerana aku dapat rasa sakit itu. Kerana aku tahu hikmahnya terlalu besar jika aku boleh bersabar..

Kau juga pernah bagi aku rasa bagaimana badan ini tidak dapat berfungsi sebelah. Aku redha, walaupun tiap hari aku menangis, ibu menangis, ayah menangis, kakak menangis, adik menangis, jiran menangis..

Kau juga bagi aku kekurangan dalam beraktibiti dengan memberikan aku 'asma' yang tiba-tiba ini..Hingga untuk berdiri duduk dalam sembahyang pun aku boleh lelah..Aku terima dengan redha..

Kau telah bagi aku rasa kepayahan itu dari dulu lagi..

Tuhan,
Sekarang ini aku hampir tidak dapat menerima dugaan ini..

Bila kau duga keluargaku lagi..(peribadi)

Kau uji hatiku disaat aku kepayahan,

Kau uji tangan ini..

Bilakah ujianMu ini akan berakhir ya Allah..

Setiap hari aku berdoa dan bersyukur kerana diberikan kepayahan,

Kerana aku yakin janjiMu,

Janji yang Kau akan berikan aku kemenangan itu..

Namun sekarang,

Aku tidak mampu melakukannya, Kau duga hatiku..

Aku kalah dengan perasaan..

Sungguh..

Ya Allah, berikanlah aku sisa-sisa kekuatan untuk diriKu,

Untuk terus dapat melihat dunia ini dengan penuh ketenangan..

Untuk dapat berbakti kepada mereka yang banyak bersabar dengan aku..

Untuk memberikan hati ini kepada mereka yang benar-benar menghargaiku,

Yang sedar bahawa kewujudanku

Ya Allah,

Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan saat ini..

Aku tidak tahu..

Aku cuba untuk bersabar,

Aku cuba untuk bertenang..

Ya Allah

Aku perlukan kekuatan, semangat, untuk aku teruskan apa yang tersisa ini..

Aku cuma ingin bernafas seperti sediakala..

Aku cuma ingin tersenyum seperti sediakala..

Perkenankan..

Ps : Rock your world Adyshah..

Ps : Cerita John cater from the mars serius tak best hahaha Bosan..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian