Mar 12, 2012

Aku juga layak gembira..

Ini mungkin entri panjang, saja aku nak menulis. Sebab kerja aku dekat sini semua dah selesai. Rakan ku cakap, tolong tulis soal life aku, bukan soal hati saja. hahaha. 

Mungkin itu kesilapan yang paling besar. Tapi aku tak pernah menyesal merasanya. Kerana itu telah membuatkan aku berfikir bahawa tiada upayaku melainkan Allah. Maka semuanya telah STOP. Adyshah sila bergembira hahaha..Rock your world beb..

Semalam pun aku dah mula dapat lelapkan mata dengan tenang. Pukul 11 lebih je dah terlelap. bayangkan aku sendiri terkejut. biasa, mahunya pukul 2 hingga 3 pagi. kadang tak terlelap langsung. Malam tadi aku nak tidur dekat bilik member aku. Yela, bilik aku macam puaka, full of sadness, revenge, hurt. Sebenarnya aku dah buang segala puaka itu, tapi entah masih ada lagi sisa-sisa itu. Saitan betul. Disebabkan member aku balik lambat sebab hantar  gf dia. Maka aku terpaksa tidur sendiri.

Tapi aku dah dapat tidur dengan selesa. Mungkin ini kekuatan yang Dia bagi. Maka, pepagi lagi aku dah boleh bangun dengan aman. Tanpa tergesa-gesa. Jam Locengku pun pagi tadi kalah dengan aku (padahal tiap pagi kalah kecuali weekend).

Lepas tu aku keluar kerja awal. Takut kak shery masuk awal dari aku. Bos yang baik hati itu. Tapi mungkin Tuhan saja nak usik aku lagi awal pagi. aisehhh, kenapalah aku terlupa soal motorsikal aku beberapa hari ni. Rupanya aku dah lama tak bagi dia minum petrol. Maka dekat trafic light Mardi aku terpaksa berhenti. Dok tepi jalan.

Masuk ini, baru dua kali aku kehabisan minyak motor. 1st sebab filter aku pecah, so memang aku tak boleh jangka sangat. Yang kedua ni memang sebab kecuaian aku sendiri. Mungkin beberapa minggu kebelakangan ini hidupku agak tidak teratur. Habis semua perkara aku abaikan. Nasib sekarang aku dapat atasi.

Maka aku terpaksalah call member kamcing aku. Inilah gunanya kawan hahaha. Masa aku call aku buat-buat suara sedih, supaya dia tak banyak cakap dan kutuk aku.(dia kutuk juga kuang asam). dan terpaksalah aku menunggu dekat tepi jalan tu menanti saat kedatangnnya.

 Dah la kereta banyak, mungkin semua nak cepat masuk kerja. Takut punch card merah lettew. nasib aku tak perlu semua tu. So aku boleh masuk kerja pukul berapa aku nak. Janji kerja aku beres.

Lepas tu masa aku menunggu penyelamat aku bawakan minyak aku melepak tepi jalan. Masa tu tebal je muka semua pemandu kereta pandang. Macam je aku accident ke hape. Aku buat-buat muka blurr je bila mereka tengok. Padahal dalam hati malu je, pakai baju smart, bergaya, sekali dok tepi jalan hahaha. Lepas tu ada sekor kerengga gigit perut aku lagi, kurang asam. Gatai betul..

Lamalah juga aku tunggu. Lepas tu ada beberapa orang pelajar veterina upm lalu. Kesian aku tengok. Pepagi kena lalu tepi jalanraya nak pergi fakulti. takkanlah upm tak provide bus ke hape? kesian, kang kene langgar ke, kena culik ke, kene ragut ke, barulah nak selesaikan masalah tu. duhh..

Tapi aku geram juga dengan budak-budak tu. aku yang semat dekat tepi jalan tu dorang pandang slack je. Macam aku peragut je, macam perogol. Aku lempang baru tahu. Tapi baguslah, mereka tahu juga berhati-hati. masa tu nak ngorat juga hahaha.

Tapi alhamdullilah, semua selamat.

Ps : Cuai..

Ps: Terima kasih kepada semua yang bersimpati, aku tak perlukan simpati kamu, aku cuma ingin keikhlasan..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian