Kau percaya tak, kejahatan yang kau buat hari ini, akan kau rasai dikemudian hari? sama juga bila kau lakukan kebaikkan, pasti satu hari nanti orang lain akan membalas kebaikkan yang kau pernah lakukan.
Orang selalu sebut sebagai hukum karma. Jahat dibalas dengan jahat, baik dibalas dengan baik.
Konsep ini sebenarnya sesuai dengan istilah 'kehidupan ini ibarat roda yang berputar, sekejap kau di atas dan sekejap itu kau akan berada dibawah'. Sebab itu bila kita menyusahkan orang lain, kau jangan rasa best sangat, sebab benda itu pasti akan terkena dengan kau juga satu hari nanti.
Tapi jangan percaya pun huhu, kerana Allah yang maha berkuasa atas segalanya. Aku saja je nak bagi tahu sebab itu tipikal kepercayaan orang lain.
Apa yang perlu kau percaya sebenarnya ialah 'doa orang yang teraniaya itu amat mustajab' Sebab bila kau buat kejahatan kepada orang lain, jika tidak dimulut diungkapkan, pasti didalam hati dia akan menyumpah kau semoga rasa apa yang dia rasai. Sebab itu berlakunya konsep 'kehidupan ini ibarat roda yang berputar, sekejap berada diatas dan sekejap kau akan berada dibawah'..
Begitu juga bila kau bercinta, bila kau sakiti orang lain, bila kau khianati orang lain, pasti satu hari nanti kau akan rasa apa yang pernah kau lakukan itu. Itu yang dinamakan konsep 'Padan muka kau'. Orang kata sakit hati bercinta ini mengalahkan sakit kepala. Ntah betul, aku pun tak tahu..
Dulu aku pernah ada kekasih, tapi disebabkan beberapa hal, semuanya tak kesampaian. Betul kata orang, kalau bukan jodoh, kau buatlah pelbagai cara pun, pasti semua tak menjadi. Masa tu darah muda lagi, disebabkan salah faham sedikit, aku terus pergi tanpa mendengar penjelasan atau apa pun!nama juga bercinta jarak jauh.
Bukan pasal cinta yang aku nak ceritakan, tetapi kata-kata terakhir yang dia ucap dengan aku. Kau tau apa dia ucapkan? Dia doakan aku tak akan aman bercinta, tak akan kekal lama dan banyak lagi ayat yang sekarang baru aku rasa gerun mengingatinya. Baru aku dapat rasa yang doa dia masa tu mungkin telah ditunaikan Allah. Padan muka aku. Mungkin Allah nak tunjuk dengan aku apa itu yang dinamakan 'bersyukur' dengan apa yang kita ada.
Tadi aku minta maaf dengan dia. Ntah dia ingat atau tidak. Ntah dendamnya masih wujud atau tidak..
Rakan baik aku Zahrin pun pernah aku sakiti. 'Zahrin kalau kau baca ini, aku minta maaf banyak-banyak. Aku tetap anggap kau kawan rapat yang paling best pernah aku ada'.. im really sori
Makcik skema kata, satu hari nanti apa yang aku cari ini pasti ada juga. Mula-mula aku saja nak bangkang apa dia kata. Sebab dah biasa. Tau apa dia cakap? 'kenapa kita dilahirkan ke dunia ustak?' Amek kau, bergetar hati mendengar soalan beliau. Terus aku terasa kekhilafan diri..
Sebenarnya the moral yang aku nak cakap ialah, hati ini harus dihindari dengan apa yang lagha. Semenjak aku disini, aku tahu, aku dah banyak buat salah..
Hindarilah aku daripada kemungkaranMu.
Ps : Boleh tak skip soal hati?
Ps : Budak kecik kata, hati aku dibahagi bahagi? No lah beb..
Ps : Sakit, tahu!
Lagu latar : Maher Zain
No comments:
Post a Comment