1. Hari ini 12 Rabiulawal, hari kelahiran baginda Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sambutan seluruh negara agak meriah. Aku masih berpendapat sambutan dijalankan sekadar memperingati Nabi s.a.w tapi bukanlah menjadi perkara yang wajib untuk disambut.
2. Aku juga berpendapat, adalah lebih baik memperingatinya dengan cara memperbanyakkan selawat keatas junjungan Nabi, berbanding daripada memperbanyakkan ucapan difacebook sekadar 'salam maulidulrasul'.
3. Hari ini juga akak aku menamatkan zaman bujangnya. Mesti dia tengah gumbira. nabi pernah bersabda "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21). Bersedihlah syaitan sekarang.
4. Semoga perkahwinan diberkati Allah, kekal dan menjadikan mereka lebih mengingati Allah. Amin.
5. Hari ini juga Harimau Muda Malaya kalah kepada Bahrin. Satu perasaan yang sukar untuk aku ungkap sebagai fan mereka. Apapun, Allah lebih mengetahui apa yang paling baik untuk mereka. InsyaAllah..
6. Aku jatuh cinta lagi
No comments:
Post a Comment