Nov 2, 2010

Fitnah

Baru sahaja habis mengelilingi wilayah serumpuun melayu. I mean,stalker dalam alam maya. Hobi baru yang sangat menyeronokkan. Tapi perlu berhati-hati, perlu mahir menapis bahan-bahan media yang ada kerana dikhuatiri boleh mempengaruhi minda yang rapuh.

Mungkin inilah Nabi pernah kata, bila akhir zaman, fitnah akan berleluasa..

Apa yang aku baca sebentar tadi tentang isu 'Ganyang malaysia'..tergelak sedikit bila terfikir isu yang dibangkitkan oleh sesetengah orang yang bagi aku terlalu 'keanak-anakkan'. Inginku kongsi kepada pembaca sekalian isu yang menjadi mainan sesetengah pihak yang ingin mengambil kesempatan:

1. Isu Ambalat
2. Isu pulau sipadan
3 Isu penahan Marin indon diperairan negara
4 Isu tarian Pandet
5 Isu Manohara
6 Isu Penderaan Pembantu rumah
7 Isu lagu rasa sayang mende semua tu

dan banyak lagi isu kecil yang aku rasa memang tak perlu diperbesarkan sebagai mereka yang berpendidikan mahupun sebagai mereka yang cinta kepada keamanan sejagat. Dasar perbincang hanya kepada omong kosong dan bukan berdasarkan fakta.

Aku tahu ada pihak tengah galak menyiram api kebenciaan rakyat indonesia kepada malaysia dan aku tidak menyalahkan rakyat indonesia yang terpengaruh dakyah ini. Tapi aku rasa simpati dengan tahap pendirian mereka. aku tahu mereka cuma diperalatkan. Tapi bila aku baca apa yang ada di web 'Malingsia', sebagai malaysian aku sangat geram. Dengan cacian, Makian dan bermacam lagi, dengan tuduhan yang MEREKA sendiri tidak tahu asal usulnya. Bagi aku tidak lebih kepada main serkap jarang..

malaysia Miskin!!malaysia maju sebab Indonesia!! Us takut dengan indonesia!! kerana apa?kuasa ekonomi?kuasa ketenteraan?Malaysia negara sodomi Hehe?Malaysia liberal ?Malaysia tiada kekuatan ketenteraan ?

Itu antara isu yang mereka bangkitkan. Aku tahu mereka tidak bersalah. Mereka tidak bersalah jika mereka didedahkan dengan Media yang negatif tentang malaysia. kesian

Aku sebenarnya tak kesah sangat pun apa yang mereka kata, kerana semua kata-kata datang daripada mereka yang mungkin tidak kenal siapa malaysia ataupun mereka telah disogok.

Pandangan aku mengenai isu ini dan setelah aku mengikuti perkembangan apa yang mereka katakan, Ingin aku perjelaskan sedikit apa yang mungkin tidak jelas:

1. Isu sipadan Telah pun diputuskan oleh mahkamah antarabangsa. Seperti apa yang aku ketahui, Malaysia layak disebabkan dokumen lama yang membenarkan negara malaysia memungut telur penyu (tahun ntah aku pun tak ingat).Dan keputusan itu bukan Malaysia yang putuskan. Dan kita tahu itu juga berlaku kepada malaysia apabila kehilangan Pulau BATU PUTIH. Negara telah pun menerima keputusan itu dan membiarkan pulau tersebut diberi kepada singapura.

Kalau anda rajin, anda patut google kedudukan Pulau batu putih, jarak pulau tersebut lebih dekat dgn Malaysia berbanding dengan singapura. Namun itu kenyataan malaysia kena terima. Jadi kenapa indonesia perlu membangkitkan isu pulau sipadan pula? sedangkan ianya telah pun diputuskan oleh ICJ??

2. Isu penahan marin indonesia itu, telah pun diselesaikan secara diplomatik antara kedua negara. dan Memang menjadi kewajipan sesebuah negara menangkap mana2 kapal yang memasuki kawasan perairan negara masing2.

3 Isu tarian pandet? (tergelak), benda-benda remah cenggini pun diperbesar-besarkan. malaysia telah pun memohon maaf. come on dude ini remeh..pernah tak dengar dalam dunia ni berlaku perang disebabkan benda gini?

Ini namanya penlestariaan budaya..lihat saja tarian portugis yang ada di melaka. pernah? pernah tak negara portugis itu membuat mogok, propaganda ganyang malaysia kerana benda Malaysia menggunakan tarian tersebut?..siyes itulah namanya penyatuan budaya..Kenapa perlu cemburu bila orang lain berjaya bawa ke peringkat antarabangsa? Sepatut anda bangga..Malaysia tidak pernah menyatakan itu milik Malaysia.

Lepas tu aku tiba-tiba nak tergelak dan terfikir "eh betulkah ni?"
ada sesetangah pihak mengklim P. Ramlee tu orang ACEH. Ntah lepas ni siti nurhalisa, Tun M, angkasawan negara tu, nicole david, lee chong wee ke or sesiapa berjaya itu merupakan rakyat indonesia ..Pless stop perlihatkan kebodohan..

4 kes Manohara itu. ntah lah aku pun tak berani nak komen apa2 sebab melibatkan kerabat diraja. Tapi, kalau betul dia kena dera kenapa tak berani datang ke Malaysia tuntut keadilan? Kenapa tak berani saman? Kalau betul la dia dipihak yang benar.. Tapi kenapa cakap belakang je? aku tersengih.*sebab aku malas nak amek tahu pasal bende ni :p.. Ke sebab malu??

6 Pasal penderaan pembantu rumah. Siyesly bab ni aku sebagai malaysian pun, aku rasa geram dengan mereka yang mendera tu. Bukan anda saja geram, tetapi rakyat Malaysia sendiri kecewa dengan sikap segelintir majikan yang tak lebih seperti binatang (babi)..
dan Bagi aku ia telah selesai sebab majikan bodoh itu telah pun dikenakan undang-undang. Padan muka. So memperbesarkan isu ini adalah tidak adil bagi kerajaan malaysia, sedangkan Malaysia telah memohon maaf dan juga telah mengenakan hukuman kepada majikan tersebut

Lagipun kalau nak diikutkan, kes pembantu rumah mendera anak majikan pun 2x5 juga berlaku dimalaysia. Itu agaknya media indonesia tak pernah siarkan. berapa banyak anak majikan mati, tercekik la, dilarikan la.. mungkin itu patut juga mereka siarkan..pasal kes pecah rumah, rompakan , samun..itu kerja siapa?? Bukan untuk menuduh atau membuat propaganda baru, tetapi untuk menunjukkan Malaysia pun menerima nasib yang sama.

7 isu lagu ni lagi lah aku rasa macam kebudak-budakkan. siyes..aku


Aku tahu pasti ada individu disebalik isu ini. Yang penting bagi aku, sebelum percaya dengan apa yang dikatakan orang lain, perlulah anda selidiki dahulu, sebagai mereka yang berilmu, bukan sebagai mereka yang beremosi..

ps/ maaf jika terkasar bahasa, yang silap itu datang dari diri saya sendiri dan yang baik itu datang dariNya..

ps/ps/; kita boleh hidup aman jika tiada mereka yang tamak dengan duniawi. Berhati-hatilah dengan fitnah masa kini..

ps/ lihatlah sesuatu hal menggunakan hati,..Islam itu indah

3 comments:

Anonymous said...

wah..
besh2!!!
pandai kamu review!

♥ 미스 kiera ♥ said...

wahh..menarikkk...!


btw...
do folow me k?

http://owlkieranaa.blogspot.com/

tq~

fareeza mukhris said...

100%
setuju dgn point2 awak
:)

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian