Oct 3, 2010

Jumaat aku ada test. Tapi ntah. Semangat untuk belajar berkurangan. sebab dan musabab pun aku tak tahu. Semalam pergi rumah terbuka kolej kediaman. Sangat menarik tapi sayang, junior semua muka macam senior. make up tebal. Tudung lilit sampai nak tercekik. ah dunia semua itu.

Persoalan disini, aku datang untuk makan dan mengeratkan tali silaturahim dengan junior. Tapi melihat gaya, terasa aku seperti junior. Aku kah tak Up-To-Date atau mereka yang over?kekonpiusan berlaku disitu. Jujur aku mengatakan aku kecewa. Namun semua itu tidak menjadi masalah,kerana aku boleh makan dengan sepuas hatiku. Aku gembira. Aku menang cabutan bertuah berupa kereta honda civic. Alhamdulillah rezeki Tuhan.

Seorang rakan lama menghubungiku.(padahal aku yang add dia).Namun aku gembira. aku dapat menjalinkan persahabatan yang hilang dahulu. Dia kini aktif. Dia ingin menceburi bidang penulisan secara serius. Tidak seperti aku. Terhenti ditengah jalan. Ah aku masih boleh meneruskannya..Aku suka penulisannya. mengajak kita untuk berfikiran kritis. Bukan seperti aku. Penuh dengan Humor. ditambah dengan bahasa yang agak keras..

ps/Tuhan mendengar permintaan hati

5 comments:

reen_sofee said...

hat yg lilit tudung tak lawa ka?
aik?
tak ska yg makeup tebal??
pelik disitu!
hahahah
cam tak caya ja
:P

Kosong said...

lilit tudung menyesakkan jiwa i je tgk, makeup tebal menakutkn i saje..
anda memang pelik..

percayalah(siti nurhalisa)

adeQ said...

jadi la macam dulu!!! xda bahasa kasar...rindu abg adek yg dlu..uwaaa...(ngada2)haha

Anonymous said...

ni nti mesti tersangkut kat yg pakai tdg lilit n make up tebal ni.hahhahaaa

Kosong said...

adek:haaa yela tu rindu

ayana: i takut tersangkut dgn blonde je hehe

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian