Sep 12, 2010

Pengemis Tua

pengemis itu
meminta simpati tanpa rasa malu,
Berkali-kali dihina dicaci,dia hanya mampu tersenyum kelat,
sesekali terlihat kecekalan dihatinya,
kulitnya dimamah mentari,
peluh membasahi tubuhnya yang kurus,
namun dia masih lagi terus mencari simpati,
meneruskan langkah hidup,
ada yang merasa jijik melihat kehadirannya,
seperti melihat anjing liar kelaparan,
kekadang dia berhenti sebentar menghilangkan kepenatannya
dia merenung jauh kehadapan,
siapa peduli nasibnya?
untung nasib,hidup matinya?
siapakah yang rela menjadi seorang pengemis?
yang dipandang hina oleh orang lain?
hidup tak semudah yang disangka
Antara dia dan tuhannya
Layakkah kita untuk menghina dia?
tetapi sebagai sesama makhluk kita tak patut melihat dia menderita,
apatah lagi mencacinya,

ps/drp Abu Hurairah r.a bahawasanya rasullah s.a.w bsabda: 'jika ada seseorang berkata: "orang ramai (sekarang) sudah rosak," maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka".

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian