Mula-mula nak pegi ke rumah cikgu aku tu, memang dasyat gilak babi. Aku dgn member berkonvoi naek herley davidson memasing. lepas tu dah la jem terok, hujan lagi..aku nyaris lagi accident..sampai je, rumah terbuka cikgu aku dah penuh sesak dengan ramai orang. Segan la,tapi member aku tak segan, so buat-buat tak segan la demi member-member dan demi cikgu aku. Time nak amek makanan pon gitu juga, aku segan. Tapi member aku tak segan pun ditambah lagi cikgu aku asyik desak-desak amek lauk sedaya yang mungkin,sekinabalu yang mungkin, semuat perut yang mungkin. So disebabkan desakkan yang penuh mendalam aku pun jadi tak segan demi untuk member aku dan cikgu aku untuk kesekian kalinya..Aku ni seorang yang tak akan menghampakan orang lain terutama bab-bab gini..sumpah..Desakkan daripada mereka yang menyayangiku ini juga menyebabkan aku bertambah dua tiga kali. Takut mereka terasa pula kan,demi menjaga ati tuan rumah..tak sangka aku disyangi begitu ramai orang...
Emm nak cerita gak, time dekat rumah terbuka cikgu aku tu, dia tak abes-abes perkenalkan aku dan member aku dengan tetamunya. Mungkin dia bangga dapat anak murid macam kami ni espesialy aku KOT...cikgu aku baek sgt..kabel dia memang kuat gilak..tetamu dia semua dikalangan VVIP. Tapi logik la sebab dia pun bukan calang-calang orang. Dia pun kini dah jadi VC dekat private university.. syok gak ada link dgn org gini... lepas tu banyak la dia perkenalkan dengan datuk, Tan seri, ahli perniagaan dan dia ckp belajar dari orang yang berpengalaman, kuatkan networking..terasa aura orang kenamaan plak :) , tapi siyes ok la..lepas tu artis pon ada datang seorang dua..Tapi aku tak lah bersemangat sangat dengan artis ni, tapi malam tadi agak bersemangat sebab artis tu comel juga la..tak sama aku tengok dalam tibi, walaupun make up tebal seinci..Mungkin disebabkan artis tu asyik pepandang aku je sumpah..
Moral of the setori, kita kena baik dengan semua orang. seperti cikgu aku salu ckp. jangan selalu perkecilkan orang lain even makcik cleaner..tapi satu je kelemahanku yang agak ketara( aku tau la diriku) aku tak bermulut manis. muka je manis(bukan aku ckp) tapi aku tak pandai nak berinteraksi dengan baik dengan orang lain. Cikgu aku pernah bagitau(bukan Dato), nak berjaya kena 'mulut manis hati baik'.
Aku pernah baca hadis cengini la maksudnya, berkawanlah dengan penjual minyak wangi, maka kita akan mendapat manfaat yang lebih daripadanya,emm ada lagi la sambungan hadis ni tapi disni aku nak ckp pilihlah kawan dengan baik kerana kawan itu boleh mempengaruhi kte..
ps/berusahalah untuk diri dan keluarga,jgn riak..baik dengan semua orang tak kira dia baik dengan kita atau tidak, kerana tunaikan dulu hak orang lain sebelum kita tunaikan hak kita sendiri.
4 comments:
mulut kene manis...
ya,itu belalang percaya...
sebabnye belalang tgk couple2 zaman skrg balak muka mcm pintu bas rosak tp awekz...perh,kecur liur...
mcm x padan je mereka berdua...
tp itulah kuasa mulut manis atau dalam bahasa lain AYAT POWER...
heh...
hahahhaa muka mcm pintu bas rosak??sungguh pandai belalang membanding..
yer mulut manis
haha ilmu berguna
jom buat baek.slgi tmampu la kan
sgt setuju
Post a Comment