Feb 9, 2010

Mylife


Agak lama aku biarkan blog tersadai tanpa ada penulisan terbaru dariku. Bukan aku malas untuk mengupdate tapi kebelakangan ini aku busy dengan banyak perkara. Baru saja aku balik dari Terengganu for 2 weeks. Agak lama dan banyak pengalaman-pengalaman yang aku timba, dari yang baik sampai yang menyakitkan hati. Namun itulah pengalaman..
2 weeks outstation kulitku semakin bersinar kegelapan,membuktikan yang terengganu memang sangat panas. Hampir setiap hari disana aku terpaksa berjalan di tengah panas untuk menginterview penduduk,di kedai kopi,dikaki lima, di bustop,dari rumah ke rumah dijalanan dan yang lebih manis ada sesetengah respondent yang enggan untuk ditanya. Tuhan saja tahu betapa aku sangat penat ketika itu. Namun kerana tugas aku terpaksa lakukan. Walaupun kekadang aku hanya mampu ternganga mendengar bahasa mereka yang kekadang aku tak faham dan aku buat-buat faham hihi..lepas saja habis kerja,kekadang kami habiskan masa di pantai Batu Burok yang bagiku memang agak burok. Sorry to say, di pantai tu memang sampah banyak sangat tersadai.aku tak tahu lah kenapa pihak PBT sanggup melihat pantai B. Burok menjadi buruk. Kerja memang sangat memenatkan tapi sangat menyeronokkan. Tapi sesetengah orang tak percaya yang aku bertungkus lumus bekerja,dan tak percaya kepenatan yang aku alami. Bodoh..2 weeks bagaikan sebulan rasanya.
Apa yang aku boleh simpulkan di terengganu,makanan disini sangat best haha..i like keropok lekor. Emm ini adalah beberapa keping gambar kenangan ketika aku berada di Terengganu.




Pejam celik-pejam celik, dah 2 bulan lebih aku praktikal. Banyak ilmu yang telah aku perolehi,banyak perkara yang terjadi. Dari yang menyenangkan hati hingga yang menyakitkan hati. Seriously aku katakan hatiku dah jauh untuk terus praktikal. Mood untuk bekerja dah hilang. Aku cuba untuk memotivasikan diri namun hampeh,semakin aku say ‘tak nak’ dalam hati. Baru kini aku fahami erti alam pekerjaan. Penyakit asthma yang aku alami,aku rasai semakin teruk. Mungkin aku banyak terdedah dengan persekitaran yang boleh menyebabkan simpthom penyakit ini semakin jelas. Aku tak boleh terlalu terdedah dengan persekitaran yang agak sejuk, kepalaku juga tak boleh terdedah dengan cahaya matahari yang melampau.
Aku yang tertekan...

1 comment:

y.y.yasmin said...

a kita melihat masalah yang datang dengan perspektif yang negatif bukan melihat positifnya, maka masalah itu akan menjadi halangan kepada kita untuk melangkah untuk lebih maju lagi. masalah adalah salah satu tools kepada kita untuk menyedari bahawa diri kita memang belum cukup sempurna, masalah mematangkan kita, masalah adalah salah satu pengalaman berguna kepada kita, InsyaAllah~ "aku xmungkin menjadi orang lain dalam proses untuk menyesuaikan dengan persekitaran yang baru" don't forget your own words!

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian