
"korang minggu dan minggu depan ni kena kerja dengan En.Yunus"
itulah arahan yang aku dan rakan-rakan ku terima daripada EN. ZIKRI penyelia industri memerangkap projek manager di syarikat ini.
Untuk pengetahuan, aku kini tengah menjalankan latihan industri di sebuah syarikat konsultant yang boleh aku iktirafkan sebuah syarikat yang cukup gah.
WiRANDA(M)SDN. BHD. Sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan untuk membuat report EIA dan juga monitoring kepada syarikat-syarikat yang ingin menjalankan sesebuah projek.
Namun baru-baru ini, aku dan beberapa rakan-rakan sepraktikal telah diminta untuk membantu anak syarikat WIRANDA sdn. bhd iaitu H&g Strategic Communications Sdn Bhd bersama-sama dengan 'teamwork' menjayakan satu program international iaitu WUPID.
WUPID adalah singkatan kepada 'World universities Peace Invitational Debate'.
Melalui apa yang telah aku baca dan dengar daripada Director H&G, En. Muhammad Yunus Zakariah, wupid telah dua kali diadakan, dan ini adalah kali pertama diadakan di universiti tempatan. Bekerja dengan encik Yunus memerlukan aku untuk bersedia dari segi mental dan fizikal. Berdasarkan maklumat yang aku terima, beliau juga salah seorang pendebat yang tersohor di zamannya.
Antara universiti yang telah mengesahkan tempat dalam pertandingan ini
2. University of Sydney
3. Oxford University
4. Monash University
5. University of Melbourne
6. Colgate University
7. Western Washington University
8. International Islamic University
9. Multimedia University
10. Universiti Teknologi MARA
11. University of Macau
12. Ateneo De Manila University
13. National University of Singapore
14. Nanyang Technological University
15. Hong Kong University
16. Universitas Indonesia
17. University Philippines Diliman
18. Peking University
19. University of Tokyo
20. Singapore Management University
21. Binus International
22. Bina Nusantara University
23. National Law School of India University
24. Chinese University of Hong Kong
25. Independent University Bangladesh
26. Ewha Woman’s University
27. Independent Judges
28. University Malaya
29. Universiti Putra Malaysia
30. De La Salle University
31. University of Botswana
32. Mahidol University
33. Universiti Malaysia Sabah
Mendengar sahaja nama-nama universiti yang menyertai pertandingan ini cukup membuatkan darahku berderau. Bukan calang-calang event. Then aku kena haruslah memberikan komitmen yang penuh dalam teamwork ini. Pengalaman yang amat berguna kepada diriku sendiri. Pertandingan dijadualkan diadakan pada 19 DEC-23th DEC 2009.
Debat kali ini lebih kepada isu-isu kemanusiaan bertepatan dengan wupid itu sendiri.
penaja kepada pertandingan ini ialah CIMB bank.
semoga ianya berlangsung dengan jayanya, artikal ini akan bersambung dari masa kesemasa untuk memberi feedback kepada segala kerja yang akan aku jalankan.
No comments:
Post a Comment