Dec 27, 2009

Who Do You Think I am?

Aku terlalu bosan ketika ini. Tak tahu nak buat apa, so aku try tulis something tentang diriku. Walaupun kekadang aku sendiri tak faham siapa aku dan apa yang aku nak.
Aku seorang yang mementingkan perasaan orang lain berbanding perasaanku sendiri. Aku terdidik untuk sentiasa lebihkan orang lain disekelilingku. Aku happy do that thing, aku selalu mengambil kira apa yang orang lain fikir. Sometimes, aku terfikir, aku terlalu naïf melakukan sedemikian, sedangkan kekadang orang lain tidak pernah pun memikirkan perasanku. Namun bila otakku berfikir secara rasional, siapa aku untuk mengubah fikiran dan cara mereka melayan aku?? Hak mereka untuk bertindak sedemikian, but not me!
I love myself and also I love all my friends..
Aku suka berimaginasi??
Yupps, aku selalu berimaginasi jauh diluar kotak fikiranku, jauh daripada penerimaan akal dan sebagainya. Namun aku tak pernah untuk meluahkannya, kerana bagi aku bila aku cuba untuk meluahkan kepada seseorang maka perkara itu akan menjadi satu ‘omong kosong’. Aku pernah terbaca satu hadis begini maksudnya bila kita menyebut perkataan ‘kalau’ itu ketika kita sedang dan telah melakukan sesuatu pekerjaan, maka itu membuka satu pintu untuk syaitan bekerja”. Maksudnya begitulah, korang boleh check semula but its hadis sahih . Setiap yang aku angan, aku berharap ianya akan terlaksana kerana aku yakin, dengan usaha aku.Aku adalah seorang yang berpandangan jauh. Seriously, aku boleh nampak future aku, dan aku tengah bekerja untuknya. Walaupun orang lain melihat aku(secara fizikal) sebagai seorang yang tiada wawasan, belajar sekadar untuk lulus, having fun a lot dan sebagainya, tapi itu adalah luaran. Aku tak kesah apa yang mereka-mereka ini nak fikir tentang aku tapi aku tahu apa yang aku lakukan. Dr. Kamalan from Cambridge university ketika wupid berlangsung sempat bagi motivasi, “tak guna kita belajar bermati-matian hanya semata-mata untuk mengejar 4flat, tetapi dalam masa yang sama banyak perkara lain yang kita tinggalkan. Kita abaikan Fun, Friends, lifeSocial, dan pelbagai pengalaman yang sangat berguna dan bermanfaat kepada diri kita untuk kita membina keyakinan diri. Dia juga berkata mereka yang memegang jawatan CEO or the higher level dalam sesebuah syarikat kini bukanlah seorang yang betul-betul berjaya dalam bidang akademik tapi mereka yang pandai manage their life dan mempunyai pelbagai pengalaman. Memang tidak dinafikan berilmu sangat diperlukan but don’t leave something that u will regretted.”
Teruja mendengar nasihatnya, dan aku terfikir aku memang dilandasan yang betul.
“Usaha tangga kejayaan' eh bukan 'usaha lift kejayaan haha”
Pakar motivasi pernah berkata ‘jangan fikirkan kegagalan, kerana itu adalah sikap mereka yang gagal. Fikirlah kejayaan walaupun kita terpaksa gagal seratus even seribu kali kerana itu adalah sikap mereka yang berjaya.
Fuhh, actually aku seorang yang full dengan motivasi walaupun kekadang life aku seperti tak bermotivasi(hehe).
Adakah aku seorang mampu memberi idea??
Agaklah, tapi tak diketengahkan ceh masuk bakul plak. Sebagai tuan punya badan, aku tahu aku mampu mengolah idea, aku mampu memberikan idea dan mampu memberikan pandangan yang logic, but aku tak pandai keluarkan dari mulut aku. Aku lebih berjaya dalam penulisan. Aku selalu cuba berlatih untuk berani memberi idea dan pandangan tapi still tak nampak lagi hasilnya. Mungkin disebabkan minat aku lebih dalam bab karang mengarang berbanding bab-bab yang menggunakan mulut. Mungkin juga disebabkan aku seorang yang tidak pandai untuk mengawal perasaan nervous. I like reading and I like writing.
Aku suka bersajak dan berpuisi walaupun tak sebaik mana.
Am I jiwang??
Sure haha tapi certain time. Pretty sure aku seorang yang romantic. Aku sukakan keindahan, aku sukakan something yang mempunyai value yang tidak boleh dibanding dengan wang ringgit. Bagi aku lelaki perlu ada sifat romantik. Sikap inilah kekadang membuatkan diri kita bernilai dimata orang lain, sikap inilah mencerminkan siapa diri kita, sikap inilah membuatkan orang lain tertarik dengan diri kita. Bagi akulah, pandangan aku je..tapi aku bukan bermulut manis, aku seorang yang straight to the point.. kalau aku tak suka aku akan cakap tak suka dan kalau aku suka aku akan kata suka.
Aku seorang yang emosi. Setiap tindakanku banyak dipengaruhi dengan kestabilan, kewarasan akal fikiranku. Aku cepat terasa, tapi aku cuba untuk mengcovernya.
Aku suka memendam daripada meluahkan. Aku suka memerhati,.
I love a nature. Aku tak suka something yang dibuat-buat, u know something not more than a plastic..berpura-pura.
What about love?
Terus terang aku katakan I live for love.
For god, my family, my friends and my spesel one. I mean my girl in my dreams. Aku sukakan perempuan yang memang perempuan hehe not a plastic one ok.beauty nature. Perempuan yang simple dan tak demand dengan dirinya sendiri. Seseorang yang boleh tahan segala perangai burukku, yang sanggup disampingku ketika aku perlukan, terima aku seadanya dan yang paling penting tahu menghargai setiap apa yang aku lakukan..Biar dia tak lawa dimata orang lain yang penting so cute dimataku. Love adalah satu perasaan suka, sayang, caring dan perasaan untuk melindungi dan dilindungi.
‘love is when you love a person more than you love yourself’
Cinta kepada makhluk tidak boleh melebihi cinta kepada pencipta.
Seperti kata pakar motivasi Dr. Fadilah kamsah, demand kita kepada cinta yang kita cari akan berubah mengikut keadaan. Dia berkata lagi, contoh yang terbaik ialah dirinya, dulu dia impikan seorang pasangan yang perfect seperti orang lain. Tapi sekarang bila dia dah kahwin, apa yang dia inginkan apa yang dia impikan semua berdasarkan isteri dia..haha cute..so ciri-ciri semua ini bersifat sementara, bila kita dah jumpa the right person semuanya akan berubah, thanks god i found YOU..
How about life?
Simple tapi penuh bermakna. Aku inginkan kehidupan yang ringkas tidak terlalu mengikut cara kehidupan orang lain.
'Bila kita kejar dunia, dunia akan lari.Tapi bila kita kejar Akhirat dunia akan datang dan tunduk dengan kita'
Aku tak nak kaya tapi cukup mampu menyara keluargaku dan membantu orang lain. Aku nak kehidupan yang bermakna.' makan untuk hidup bukan hidup untuk makan'. Bumi Allah sangat luas, rezeki Allah tidak terkira so tak perlulah aku menghambakan diri kepada dunia semata-mata. Aku tak mungkin jadi seperti orang lain dalam proses untuk menyesuaikan diri. usaha dan doa itu sangat penting.
for the last, I hope my dream come true..
'Ya allah permudahkanlah urusanku didunia dan diakhirat'
Amin

1 comment:

Anonymous said...

Hey i am suuper boy

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian