idea mencurah-curah, dan semestinya aku akan muntahkan segala-galanya.
terkeluar pula bahasa sastera pujangga haha
aku baru sahaja balik dari out station dekat pahang. praktikal pun dah keluar site 2 3 hari, kalau dah kerja tak tau lah mesti berminggu-minggu agaknya. kesianlah dengan sesiapa yang jadi isteriku nanti hehe.(jauh plak menyimpang)
3 hari aku pergi site,banyak yang aku pelajari, dari benda remeh sampai benda yang susah,dari belajar cara nak ambil sampel water, noise, sampailah belajar untuk fahami kehidupan. seriusly, staff yang bawa aku pergi site tu, bukan sahaja ajar aku macam mana nak buat measure benda tu semua(BOD,COD, DO, turbidity, salynity dan sebagainya0 tapi dalam dia mengajar apa yang berkaitan dengan course aku,dia selit gak nasihat-nasihat yang membuatkan aku berfikir, jangan pandang orang lain dengan sebelah mata, jangan judge orang lain dengan sifat luarannya.
bestlah
hari pertama p site dekat LANCHANG, pastu siap p DEERland gak haha
ppengalaman pertama untuk aku:
1. di kerumuni binatang, i mean rusa-rusa yang jinak. siap pegang lagi.(yang tak bestnya,dia panjat aku eeeww busokk!)
2. lihat chipmonk dari dekat haha
3. pertama kali letak ular sawa dekat leher(sumpah itulah yang terakhir haha)
4. tengok beruang dan sentuh
dekat deerland ni banyak spesis binatang yang ada, like merak, pelbagai spesis burung, PAYAU haha
malam pertama menginap dekat rumah Jas, parents dia baik sangat.(dekat jengka 10)
then esoknya pukul 7.30am bertolak pergi rompin. macam biasa ambil sampel air.
then last pergi bukit ibam. tapi tak sempat sebab hujan yang tak henti-henti
balik hari jumaat petang, then petang tu terima berita yang menduka-citakan
esoknya(sabtu) boss suruh turun kerja..
sakitnya hati tuhan saja yang tahu, nasib baiklah aku tengah praktikal, kalau dah jadi pekerja aku dah tak datang hehe
tapi pergi pejabat pun aku main internet je
sebagai seorang pelajar, aku harus ambil peluang ini untuk belajar banyak benda dekat WIRANDA ni.biar pun pointer aku, tak setinggi mana, tapi kalau aku berkeupayaan meng'apply apa yang aku pelajair insyaAllah aku akan berjaya.
No comments:
Post a Comment