semalam rakan baikku meluahkan sesuatu perkara penting berkaitan dengan dirinya. aku cuba untuk memahami dengan penuh mendalam. Kesian, dan menharukan. Aku tak tahu bagaimana untuk aku menolong dia yang sering kali terbelengu, dengan masalah yang hampir sama setiap kali. Hampir setiap saat dia cuba untuk meluahkan segalanya. Apa yang berada di kepala hotaknya itu membuatkan dia tensen mengalahkan beruk kelaparan. Sebagai kawan yang baik dan comel, aku cuba untuk menjadi pendengar yang setia, mengomen apabila aku rasa perlu dan menunjukkan mimik muka yang sesuai supaya dapat menghilangkan sedikit penyakit hati yang melanda dirinya.
Masalah yang dihadapinya adalah berkaitan dengan soal hati dan perasaan. Senang cerita soal cinta cintun ni la. aku hampir tergelak, namun aku cuba menyembunyikan perasaan berengsek itu. Dalam dunia seperti sekarang, ada juga lelaki yang boleh tergugat dek panahan cinta ni. Aisemenn bro..., aku fikir sebagai kawan yang baik, GF dia sangat beruntung me miliki Bf seperti kawan aku ni. Lelaki kebiasaanya, soal berkaitan dengan cinta ini dia boleh tolak ke tepi, lari satu cari dua. hahaha (teroknya aku?) Namun apa yang aku dengar daripada pihak lelaki ini, dia sayang sangat gfnya, namun ntah kenapa selalu sahaja dilanda ribut taufan pekebenda. ala cm tsunami yang melanda aceh tu. yang aku tahu dia sekarang still lagi sayang gf dia,perasaan tetap sama. Namun mereka dah berjauh hati antara satu dengan yang lain. peliknya dunia ni..
Aku cuba untuk memahami, then dia pun mulalah bercerita sampai tak ingat dunia. (Woi dah pukul 4am ni, nak bercerita lagi ke? gumanku didalam hati). yang pasti aku tak berani untuk menyetop( imbuhan men+ stop hehe) apa yang dia telah mulakan. aku dengar, dengar dan dengar segala keluhan dan permasalahan yang dihadapinya itu.
perkenalan dengan gfnya adalah pada pandangan pertama. Namun, ketika itu gfnya lebih tertarik dengan rakannya sendiri. Tapi, ntah bagaimana dengan berbekalkan segala keberanian dia akhirnya berjaya memikat hati gfnya. Aisemen susahlah nak cerita, em ok aku namakan kawan aku dengan si A dan gfnya si B.
Mula-mula hubungan mereka berlangsung baik, seperti belangkas boleh aku simpulkan. semuanya indah start dari A sampai Z. Namun semuanya menjadi buruk bila, haha aku pun tak tahu kenapa. actually A xnak cerita.Yang aku tahu banyak perkara yang dia tahu berkaitan B yang merobek hatinya. haha actually aku tak tau bagaimana nak respon tapi aku buat-buat faham. korang pun buat-buat faham lah juga hihi.
Aku tak tahu bagaimana nk start cerita , actually yang aku tahu dorang dua ni saling sayang each other. Tapi dua-dua, ego, keras kepala dan sebagainya yang sangat mementingkan emosi masing-masing. Nak lempang pun ada, geram sangat. yela benda kecil tapi dua-dua nak perbesarkan. budak-budak darjah satu pun kalau bercinta tak macam budak dua ekor ni.
Then aku malas nak sambung cerita aku ni, baru saja aku terima berita dari si A ni yang dia dah berbaik dengan gf kesayangannya itu. menatang tol..2x8 je dua-dua.
Aku dah agak, sia-sia saja aku memerah otak memikirkan masalah yang si A dan B ni hadapi, aku fikir pun semata-mata hanya untuk memahami dan mengesiani rakan ku je, tapi hampeh.
akhirnya aku yang dipermainkan oleh mereka berdua. Bila bercerita dengan aku bukan main lagi, siap bermetafora,bermelankolik dan sebagainya lagi yang boleh aku klasifikasi( ceh mcm kes polis plak) sebagai *mintak puji. sakit hati, jiwa, raga, batin dan sebagainya. Antara dialog yang tak boleh blah yang member aku lontarkan kepadaku yang sempat aku rakam mengunakan kamera hati dan perasaan yang digital ini ialah:
Dengan muka kelat seperti kambing tak mandi 3 minggu 2 hari dia pun berkata " Hari tu ktorang gado biasa je( biasa mende mangkuk, bukan main lagi kata nak break eleh)
gado seteruk mana pun, we still love each other. sorryla bebankan ko hari tu, dengar cerita aku yang ntah apa-apa, tak tido malam dan sebagainya.( ha ah ko memang patut aku lempang sampai terpusing,gumanku dalam hati dengan penuh kesopanan).
Then begitulah perkhabaran yang aku terima daripada seseorang yang rapat denganku. Aku tak nak lah komen pepanjang, satu saja yang boleh aku ingatkan dengan si A, jagalah gf lelok(bongok) dah sayang tu,kurangkan lah ego masing-masing. membazir masa,tenaga,dan membazir segalanya.
P/s moral of the story, setiap masalah ada jalan penyelesaian, dan jangan bazirkan masa dengan masalah yang kecil.
3 comments:
Uiks. Mcm familiar cite ni bah.
familiar mende??kenal ke kawan i tu huh
ni cite karim ngn joyah blakang umah kan?
Post a Comment