Dec 14, 2009

Bukan itu yang aku pinta

Bukan itu yang aku inginkan,
aku hanya sekadar inginkan,
secebis hati yang tulus,
mengingati,menilai dan membenarkan,
bukan aku inginkan itu,
hanya semata-mata untuk kepuasan diriku,
bukan itu yang aku pinta,
sekadar untuk bermegah,
kerana keikhlasan,
kemampuanku cukup terbatas,
aku sebagai aku,
tidak mungkin ada yang lain,
keberadaanku hanya sampingan,
melepas batuk ditepi tangga,
tiada kata seindah kasih,
kenapa perlu dipersoalkan,
atau adakah aku yang buta,
atau adakah aku yang terlebih,
atau adakah aku yang ahhh
not a big important anymore,
perlu tidak perlu bukan itu menjadi ukuran,
bila hati tidak difahami,
tidak guna menjaja,
tidak guna mengemis,
hanya perlu,
mencari ketenangan yang lain,
mencari sesuatu yang boleh mengembirakan,
hidup bagaikan roda, sekejap kita dibawah dan diatas,
sekejap itu kita inginkan dan sekejap itu lah orang lain nak kan
bezanya, sejauhmana kita cuba untuk mendekatinya,
sejauhmana kita ingin memperolehinya,
sejauhmana usaha kita,
kekadang kita terlupa, benda yang remeh itulah sebenarnya yang berharga,
benda yang remeh itulah yang patut kita perhatikan,
hati itu benar,
bilamana kita terasa,
bilamana kita tertekan,
tuhan itu ada untuk kita,
dan aku baru terbaca,
kekurangan itu adalah hikmah,
Bukan itu yang aku pinta~

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian