Dec 16, 2009

lebih baik diam

Aku cuba berfikir, menyatakan,menilai dan mentafsir,
fenomena apakah yang melanda diriku. Sekarang aku lebih suka menyatakan sesuatu perkara secara tidak langsung. ketidaklangsungan(betul ke perkataan ni hihi?) inilah membuatkan aku berpuas hati, menyatakan sesuatu perkara tanpa bersuluh dengan yang nyata. Ahh bakat semulajadi kot. Adehh..perasaan riak tetiba melempang mindaku. Semangat untuk berkarya sejak dulu lagi subur dalam mindaku, tapi semangat je lah..

Aku cuba untuk meluahkan dengan sejujurnya,namun aku tahu dan pasti mesti ada yang terasa. Berdasarkan alasan itulah aku cuba meluahkan segala-galanya melalui sajak-sajak yang memang aku rasakan sangat daif. Tapi siapa peduli??

Aku selalu terfikir, yang diriku selalu dilupakan.

mindaku selalu berfikir, berfikir tentang sesuatu yang tidak pasti. Aku cuba untuk membuang jauh-jauh perasaan itu, namun semakin aku buang dan sekerap itulah dia kembali. kata-kataku kekadang lebih sukar dimengertikan berbanding dengan perbuatanku. Aku cuba untuk membiar diriku difahami, namun hampeh, aku yang pula yang tidak memahami mereka-mereka ini!
kekadang aku tak faham, kenapa perlu aku yang memahami??
setan cuba merasuk mindaku
'bersangka baiklah kepada saudara-saudara seislam kamu'
aku cuba ok

P/S; moral of the story, berfikir sejenak lebih baik daripada meluahkan
to jaw-jaws better than war-war(kekata ex-president us kot)

3 comments:

Zp said...

dan diam itu adalah benteng iman

brOwniSh said...

diam jgk tnda nye setuju...

Kosong said...

so berdiamlah
hehe

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian