Jan 8, 2019

Ada orang..,

Ada orang, dia suka menunjuk apa yang dia buat dengan orang lain. Biar orang lain itu tahu apa yang dia buat. Mungkin dia akan merasa sedikit gah dengan kerja yang dia buat.

Ada orang, dia suka apa yang dia buat orang lain tidak tahu. Biar orang lain rasa dia loser. Asalkan dia dengan tuhannya tahu apa yang telah dia lakukan. Dia tidak mencari kepuasan dengan pujian orang lain. Cukup dia tahu.

Ada orang, dia merasa 'besar' bila dia berada diatas. Orang lain dia lihat dibawah kecil. Seperti memandang ke bawah dari tingkat 10. Kau akan lihat kereta, manusia semua kecil. Dia akan pandang rendah orang lain. Dia akan melihat orang lain hanya sekitar 'level' yang dia ada. Hidup penuh kasta. Tahi!

Ada orang, semakin dia 'besar', semakin dia rasa kerdil. Semakin dia malu menunjuk dengan orang lain. Semakin dia banyak membantu orang lain. Dia sentiasa menghulur tangan kepada yang memerlukan.

Ada orang, dia akan hina orang lain bila dia rasa telah memberi lebih daripada  orang lain. Dia akan lupa segala kebaikkkan orang yang pernah menolong, hanya bersebabkan ketika itu dia yang lebih banyak membantu.

Ada orang, suka membanding hidup dengan orang lain. Dia akan mencari peluang menghina diri dan sekelilingnya kerana tidak sebanding dengan orang yang dia pandang. Dia benci melihat orang lain berjaya. Dia benci diri sendiri kerana tidak seperti orang yang dia pandang. Dia jadi bodoh. Dia jadi tidak bertuhan. Dia akan berkata kalau ini, kalau itu, kalau begitu, kalau begini. Dia banyak berangan.

Ada orang, dia suka baik dengan orang yang 'jauh, berbanding baik dengan orang yang 'dekat'.

Ada orang, dia lebih suka bercerita keburukkan diri kepada tuhan berbanding kepada pasar.. Dia lebih suka mengaibkan diri kepada tuhan berbanding kepada 'syaitan'. Dia lebih suka simpati dari tuhannya berbanding mencari simpati babi daripada hipokrit-hipokrit yang mencari peluang membinasakannya. dengan bantuan anjing neraka.

Ada orang itu begitu. sentiasa berbeza. tapi tidak pernah berbeza dengan agama.

ya, ada orang..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian