Mar 20, 2013

Primitif..,

Nak pahamkan orang lain ni memang payah. lebih-lebih lagi orang tu memang jenis yang tak dengar pendapat orang lain. Yang jenis berfikir orang lain punya pendapat, pandangan, idea semua bangang, dia je betul dan sebagainya lagi..

Orang sebegini bagi aku adalah jenis golongan yang masih primitif pemikirannya. Jumud. Bagi dia, orang lain adalah salah dan dia dan golongannya, puak dia, keluarga dia, sepupu sepapat dia adalah benar-sebenar benarnya.

Golongan begini memang payah nak bergaul dengan masyarakat. Aku rasa memang sesuai dok dalam hutan sensorang. Sebab binatang dalam hutan tu boleh dengar cakap dia, boleh dengar pendapat dia walaupun tak betul, merapu dan sebagainya. Pokok pangkalnya tiada siapa membantah..

Walaupun aku memang payah nak terima pendapat orang lain, tapi aku takda plak nak taksub gilakbabi dengan pandangan aku sendiri. Sekurang-kurangnya aku buat research baik buruk idea aku, sekurang-kurangnya aku cari artikel nak tengok betul ke sebenarnya apa yang aku tahu? Nampak beza? Aku terima walaupun aku tak suka kalau benar aku salah dalam berpandangan. Meraihkan perbezaan.

Berlainan dengan orang jenis primitif pemikiran ni, dia jenis tak nak dengar langsung, dan tak nak terima pandangan orang lain. Lebih teruk dia tak nak baca buku, cari maklumat lain untuk lihat samaada dia punya idea betul ke atau orang lain punya idea betul. Orang jenis begini, kau bagi hadis daripada Albukhari pun dia akan tolak mentah mentah!. walhal kita sedia maklum, kitab terbaik selepas alquran itu adalah sahih al bukhari..

Bayangkan kalau dengan Hadis Nabi yang sahih, yang menjadi rujukkan agama kita pun dia boleh tolak, dia boleh tak pandang, apetah lagi idea orang lain. Aku syak, syaitan akan respek dengan orang jenis begini.

Orang jenis begini tak boleh nak buat apa. Kita usaha untuk basuh pemikirannya. Tapi kalau memang dah berkarat, nak buat macam mana kan? Allah lebih mengetahui..

Bagi aku orang bercakap tanpa ada fakta sebagai rujukkan atau sebagai support evidence adalah sama seperti Tin Kosong. Bunyi kuat tapi isi takda. (Ini aku cakap soal bercakap terhadap satu isu atau fakta)

Nasihat aku, jangan jadi orang seperti ini. Kita kena ingat setiap manusia itu tak sempurna. Punya cacat celahnya. Hatta Tokguru Nik Aziz atau sesiapapun tak sempurna. Yang sempurna itu hanya Nabi. Ingat hanya Nabi.

Berfikirlah atas nama Pencipta mu..,


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian