Dec 3, 2012

Weekend bersama dia..,

Weekend tadi aku luangkan masa dengan orang asli. yes orang asli di Selangor. Dah lama rasanya aku tak beramah mesra dengan mereka. ha ha ha. Tapi, mereka adalah terbaik dan sangat ramah bila kita pandai sesuaikan diri.

Dari Ulu yam, sampai ke Hulu Gombak aku dan rakan redah untuk tanya pendapat mereka sebagai orang yang paling hampir dan tahu sebelok hutan. Ini bukan kali pertama. Aku dah pernah pergi dan jumpa masyarakat orang asli di Pahang, terengganu juga.

Perkara asas bila berjumpa dengan mereka adalah polite. Kalau dipilih melakukan kaji selidik antara masyarakat orang asli dan masyarakat tempatan, aku lagi suka masyarakat orang asli. Mereka tidak sombong, ego dan sangat ramah menyambut tetamu. Berbanding melayu.

Sedikit kesimpulan boleh aku buat ialah ilmu itu bukan menyebabkan manusia lebih berakhlak, lebih baik, tetapi ilmu menyebabkan manusia lebih sombong dan ego. Sungguh. Walaupun masyarakat orang asli ini kurang berpengetahuan, akan tetapi mereka kaya dengan budi bahasa. Mereka tidak lokek memberikan kerjasama apa pun.

Baru aku faham kenapa pensyarahku selalu saja memuji masyarakat peribumi ini.

Walaupun penat, namun pelbagai pengalaman ditimba. Dari sekecil-kecil perkara, hingga sebesar-besar perkara. Alhamdulillah. Melihat masyarakat mereka ini yang serba kekurangan membuatkan aku terasa nikmat yang Allah beri ini sudah cukup sempurna dan cukup besar berbanding mereka.

Jangan sombong dengan Ilmu yang kita ada..

6 comments:

Anonymous said...

Lebih bagus kalau dalam diri setiap orang dititipkan rasa untuk mengajak orang kepada Islam....

Kosong said...

ya...semoga ada dititip rasa untuk mengajak orang lain dan diri sendiri..

Anonymous said...

adakah jiwa anda kosong sekarang?

datin said...

Sedikit kesimpulan boleh aku buat ialah ilmu itu bukan menyebabkan manusia lebih berakhlak, lebih baik, tetapi ilmu menyebabkan manusia lebih sombong dan ego. Sungguh.

--> Itu namanya masih cetek ilmu..kalau faham ilmu tu btol2, baru tau camne nak beramal dgnnye (i.e. akhlak itu pon satu ilmu)

Kosong said...

jiwa kosong itu mati..sy masih bernyawa...

Datin..ye betol, tengkiu dng kefahaman ni..

Anonymous said...

Sentiasalah menuntut ilmu

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian