Dec 6, 2012

Kiriman yang bernilai..,

Bila aku sakit. kau takkan dapat tidur malam. Hari mu menjadi tidak kena.
Kau akan cuba sedaya mampu. Menjadi Doktar. Menjadi pelawak. kepada diriku.

Bila aku berjaya. Kau jadi orang yang sangat gembira. Kau cerita segala tentang kejayaanku.
Kalau boleh, kau ingin semua merasa bangga seperti apa yang kau rasa. Kau menangis gembira diakhir malam.

Kau bangga adanya aku disini. kau kata, adanya tanaman yang berbuah tanpa mengira musim. yang dapat dipungut sepanjang waktu. Dalam dan sungguh jauh maksudnya.

Namun,
Bila kau sakit. Aku hanya ada disini. Tiada apa mampuku lakukan. Tidak seperti kau dahulu. Merasai segala kesakitanku. Merasai segalanya. Sakit tahu rasa ini. Seperti mati tiada rasa. Kau mengeluh keseorangan. Kau menangis bersendirian. Tiada bahu untuk dibasahi dengan air matamu. Tiada.

Semahunya aku ingin berada disetiap kesakitanmu. Berada disetiap harimu. Berada disetiap sudut hatimu. Biar aku kongsi dukamu. Biar aku kongsi sakitmu. Biar kau tidak merasa kesunyian. Aku ingin tebus segala apa yang telah kau berikan kepadaku selama ini.

Aku berdoa. Setiap hari hanya untuk kau dan pelengkapmu. Biar kamu dipanjangkan usia. Biar kamu dipeluk hidayah. Biar kamu digerakkan hati. Biar kamu lebih dekat kepada sang pencipta. Biar aku dapat berbakti sedikit lagi hanya untuk kamu. Biar dunia ini menjadi jambatan kepada akhirat buat kamu.

Terima kasih. Terima kasih. dan Terima kasih. Kamu adalah anugerah terindah kiriman Rabbul alamin kepada diriku. Aku bersyukur adanya kamu. Sangat bersyukur!

"A parent is the best of the gates of Paradise;so if you wish, keep to the gate, or lose it."[Tirmidhi Hadith 4928]


2 comments:

datin said...

Seorang ibu boleh menjaga 10 anak tp belom tentu lagi 10 anak boleh menjaga seorang ibu...

Kosong said...

betul datin..semoga kita dapat menjaga ibu bapa kita..kan?

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian