Dec 4, 2012

Islam kontemporari..

Nak kiamat dunia. Aku pun tak tahu Nabi mana mengajar puak-puak ni menggunakan perkara yang bathil untuk menarik minat orang lain untuk dekat kepada islam. Nauzubillah. sangat menggunakan akal sebagai asas fikiran.

Matlamat tidak akan menghalalkan cara!

Islam itu suci lagi menyucikan. Ianya tidak perlu dengan benda-benda syubhat untuk menjadikan islam itu sebagai panduan seharian dan menjadikan islam itu menarik. Tidak. Islam itu berdiri atas perkara yang benar dan wahyu daripada Allah.

Aku hairan. dan sangat hairan. Bila ada pendapat sumbang mengatakan 'apa salahnya? kan bagus orang ramai tertarik dengan islam? tertarik nak pergi ceramah, dan sebagainya?' Persoalannya adalah, betul ke tertarik dengan islam?

Nabi ajar ke ajak dakwah guna benda lagha? bermain gitar misalnya? atau berlawak jenaka? Korang pelik tak bila surau dijadikan klinik untuk BELAJAR bermain gitar? korang pelik tak bila ceramah agama riuh seperti ada konsert? riuh seperti pentas maharajalawak? Kalau korang tak pelik bermakna korang ni sepisis pelik jugak..

Bila aku tanya rakan, mereka mengatakan 'yang penting niat kita baik'..eh kalau begitu boleh tak ajak orang ke masjid atau surau then bagi dia RM100 seorang. Sebab niat kita baik nak ajak dia pergi surau atau masjid. Tak perlu kesah methodology bagaimana kita mengajak mereka, even menggunakan perkara yang bathil, janji kita niat nak mereka pergi surau, masjid atau dengar ceramah lagha. Begitu?

Akal digunakan melebihi syarak.

Bila syarak mengatakan Haram, bila syarak mengatakan tak boleh, gunalah kepala hotak kamu. larangan Allah itu harus didahulukan?Wajib! Jangan kita kata, takpe yang penting orang lain akan lebih dekat kepada islam?

Muhasabah! mari muhasabah.

Ingat pesan Nabi, daripada 73 golongan umat manusia, hanya satu yang benar-benar ikut kepada al quran dan sunnah. SATU!

Ps: Ramai tidak semestinya betul..

2 comments:

datin said...

itu lah sekarang ni banyak orang guna ranking...

"sekurang-kurangnya, niat baik"

"sekurang-kurangnya, dapat ajak pergi masjid"

"sekurang-kurangnya, bila dah gi masjid, dapat ajak ke arah kebaikan, dapat berubah"

analogi yang sama pon digunakan dalam situasi yang lain, e.g. "walaupun tudung dia pendek, jarang, SEKURANG-KURANGNYA DIA BERTUDUNG?"

Nampak tak macam mana pemikiran orang sekarang ni? Bila DICOMPARE BENDA YANG TAK SAMA.

yang salah, tetap salah. full stop.
mana boleh cakap, yang salah better dari yang "lebih salah"?

dan bila nak tegur masyarakat sekarang,
cepat sangat sensitif.
cepat sangat offended.
cepat sangat, nak defend ustaz yang disayangi.

sedangkan imam-imam besar, contohnya Imam Malik pernah cakap:
“Sesungguhnya kau ini tidak lain melainkan manusia, boleh jadi aku salah dan boleh jadi aku benar. Maka dari itu, hendaklah kamu memerhatikan pendapatku. Tiap-tiap yang sesuai dengan kitab Allah dan sunnah, kamu ambillah dia dan tiap-tiap yang tidak sesuai dengan kitab dan sunnah, kamu tinggalkanlah dia.”

Jadi,
kenapa kita nak defend benda yang dah terang-terang salah?

Kosong said...

err betul..aku suka ayat datin ni

"mana boleh cakap, yang salah better dari yang "lebih salah"?

ayat makan dalam hehe..

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian