Nov 23, 2012

Sahabat vs politik

Aku tertarik dengan kata-kata seorang sahabat jauhku. sahabat jauh disebabkan sahabat dalam alam maya. Facebook ringkasnya. Zaman mutakhir ni, kawan itu banyak ditemui di alam maya saja. Mudah dan cepat.

Kawan yang tidak tahu latar belakangnya. Bagi aku, dalam 100 peratus, hanya 0.01 peratus boleh dipercayai. Terlalu banyak tabir-tabir yang menyebabkan kita sentiasa terdera untuk mengelabui mata mereka di sana. Mungkin. Kebiasaanya begitulah.

Namun, kawan di alam maya itulah yang pada zaman teknology ini atau zaman facebook mudahnya menjadi kawan sehidup semati. Teman kita bercerita, teman kita mengisi segala kekosong masa, walaupun tiap hari kita mengeluh takda masa untuk itu, takda masa untuk ini dan sebagainya. Tapi rupanya kita ada masa untuk membuang masa. Aku jugak begitu. Mereka menjadi bahu untuk bersandar, mereka menjadi telinga untuk mendengar segala keluhan.

Kawan di zaman nyata boleh dikira dengan bulu hidung. Itu pun kawan yang sesama kuliah, atau lebih tepat kawan sekampung. Aku pernah tengok satu movie ni. Cerita dia pasal dunia modern pada masa akan datang. Dalam movie tersebut dicerita akan ada teknology yang kita boleh control satu robot melalui rumah saja. Masa tu, manusia just duduk dalam rumah membesarkan badan. tak perlu keluar rumah, sebab mereka boleh lakukan apa saja dari dalam bilik. Mereka hanya duduk dihadapan skrin monitor. Dasyat.

Begitulah yang terjadi sekarang. Tak perlu jauh, aku sendiri dahulu sangat malas untuk bersosial. Tapi bila dah banyak perkara aku didedahkan, terutama dalam bab konspirasi yahudi, aku mula jauhkan diri sejauh mungkin terhadap perkara tersebut. Terasa paranoid, tapi itu adalah hakikat yang kita harus terima. 'Mereka' tidak akan berhenti selagi kita tidak tunduk kepada apa 'mereka' inginkan. Nauzubillah.

Berbalik kepada sahabat aku itu. Dia selalu berkata bahawa politik itu sangat penting dalam islam. Kerana politiklah islam akan kuat. Kerana politiklah kuasa islam akan berkembang. Kerana politiklah islam akan dapat disebar luas. kerana politik la islam baru ada kuasa.

Aku sangat menyanggah fahaman ini. Aku sangat tidak bersetuju dengan pendapat ini. Kerana islam itu tidak perlu disandarkan kepada apa-apa untuk dia menjadi mulia, untuk dia menjadi penting, untuk dia menjadi kuat atau apa pun. Islam itu menjadi kuat bila kita betul2 mengamalkan segala apa yang nabi telah ajar.

Jangan cakap dengan aku soal nabi berpolitik. Kerana nabi berpolitik bukan kerana inginkan kuasa semata-mata. tetapi dia ingin menegakkan kalimah Allah. Membersihkan amalan-amalan mungkar. menghapuskan kebatilan masyarakat jahiliah arab.

Tapi politik sekarang? ingin kuasa dahulu baru cegah kemungkaran. Ingin kuasa dahulu baru amalkan sunnah nabi. Apa yang selalu dimainkan mereka, nak tegakkan Hukum Allah. Ya, aku bersetuju kita wajib tegakkan hukum Allah. Tapi adakah kerakusan kita berpolitik ingin menegakkan hukum Allah itu menyebabkan kita halal meninggalkan amalan yang lain?! itu adalah salah!

Jika benar kerana politik, baru islam menjadi mulia, islam dapat disebar luas, kenapa hari ini kerana politik ramai orang berbalah? kenapa hari ini kerana politik sesama islam bermusuhan? kenapa hari ini kerana politik suami isteri boleh bercerai berai? kenapa hari ini kerana politik kita saling kafir mengkafir?? kenapa hari ini kerana politik kita berperang sesama islam? Bukankah kita sesama islam? bukankah kita mempunyai akidah yang sama?

Islam itu mengajak kepada kebaikkan. Islam itu mencari kesepakatan, islam itu mencintai perdamaian, bukan menyebabkan perpecahan. Aku muhasabah diri. Aku merasakan semua ini atas sebab kerana masing-masing memikirkan dunia lebih penting berbanding memikirkan amalan seharian kita kepada Allah. Mereka mementingkan kuasa berbanding islam itu sendiri.

Mereka sanggup melihat sesama islam berpecah.


Islam itu syumul. Apa yang penting dalam islam ialah kefahaman kita tentang agama itu sendiri. Bagaimana kita meletakkan diri untuk mengikuti segala sunnah baginda. kerana dua sumber agama itu adalah wahyu, yakni al quran dan as sunnah. Jadi adakah islam itu sangat terhad mulianya? tidak!

Aku bersangka baik. Mungkin kefahaman sahabatku itu lebih tentang politik. sebab itu mungkin dia berkata begitu. Aku malas untuk berhujah lebih. Pendapat aku mudah, islam itu harus didahulukan dalam apa-apa perkara. Hadis harus didahulukan sebelum akal.

Seorang ustaz pernah memberikan satu persoalan. Antara politik dan solat, mana yang lebih penting? Antara menyebarkan agama dengan mengamalkan agama itu, mana yang harus kita dahulukan? Persoalan ini aku biar korang jawab untuk diri sendiri.


Ramai antara kita, secara fizikal sangat islamic, sangat berkobar-kobar bercakap tentang islam setiap kali, tapi tanya pada diri kita, berapa banyak amalan nabi yang kita betul-betul ikuti?

solat? adakah solat yang kita kerjakan setiap hari itu adalah solat yang paling hampir dengan solat yang nabi pernah ajar kepada sahabatnya? dan ada banyak lagi amalan lain, tapi suka aku tekankan dengan solat kerana itu merupakan tiang agama.

wallahu a'lam

Ps : Sahabatku itu masih lagi 'block' aku difacebook disebabkan perbezaan pendapat POLITIK, bukan kerana persoalan agama mana pun tetapi politik sumbangnya! aku terfikir, inikah islam yang dia idam-idamkan?adakah ini politik yang dia bangga-banggakan?adakah dengan memutuskan persaudaraan itu datang daripada nabi?


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian