Nov 26, 2012

Please wake up..

Benarlah satu artikel yang aku pernah baca. Untuk pergi menjadi volunteer di kawasan berperang, khasnya di palestin, mental itu kena kuat. Bukan sahaja fizikal. Dan aku yakin, kalau aku dihantar untuk menjadi volunteer kemanusiaan ke sana, setiap hari pasti aku akan menangis. Bukan rindukan family, tetapi sedih melihat mereka. kepayahan mereka. Mungkin.

Aku bersyukur sangat hidup dalam negara yang tidak berlaku peperangan. Sangat bersyukur. Aman. Berbanding saudara seislam di sana? Setiap hari hidup bergelumang dengan perasaan takut dan takut. Berperang dengan perasaan diri, bilakah akan dapat hidup dengan aman? perasaan bilakah giliran aku akan dtembak oleh zionist laknatullah?

Setiap hari pasti akan terfikir, apakah makanan yang boleh aku berikan untuk adik-adikku? makanan untuk mak, ayah? apakah akan terjadi esok hari?

Setiap hari melihat mayat seperti melihat bangkai binatang. Bunyi bom seperti mendengar bunyi guruh dilangit. Setiap hari tiada rasa aman. Bukan sehari dua, tapi sepanjang masa.

Kita tidak akan berasa bersyukur dengan apa yang negara kita ada sekarang jika kita tidak membuka luas hati untuk melihat sengsara negara lain. survival rakyat negara lain.Yang sering bergolak kerana kekejaman zionist laknatullah. atau kerana perbalahan politik babi. atau campur tangan negara asing yang memang ingin melihat perpecahan terjadi. Kita disini masih mampu hidup aman, tetapi segelintir dengan bangga masih berkata mereka dizalimi.

Bilakah lagi kita ingin membuka mata melihat semua ini?

Kalau kamu concerned dengan isu semasa, kini Mesir bergolak kembali. Dataran Tahrir kembali penuh dengan lautan manusia. Dahulu inginkan pemimpin diktator tumbang. Bila dah tukar, dah digulingkan, masih lagi berlaku pergolakkan. Sampai bilakah perkara ini akan berlaku? adakah demonstrasi tajaan barat laknatullah itu akan terus berlaku biar pun rakyat sendiri telah memilih pemimpinnya sendiri?

Sampai bila kitaran demonstrasi ini akan berhenti??

Sampai bila umat islam akan sedar dan berhenti menjadi kambeng barat atas nama demokrasi? atas nama kebebasan bersuara? atas nama hak asasi manusia? atas nama ingin menjatuhkan kekejaman dan kezaliman? dan pelbagai lagi jenama untuk menjatuhkan negara islam dan ditukar kepada pemimpin boneka mereka?

Dan selepas mereka dijatuhkan, apakah akan terjadi. aman? damai? ekonomi semakin meningkat? lihat negara Indonesia, lihat negara Thailand, lihat negara Mesir, lihat negara Libya, lihat negara Afghanistan, lihat negara Iraq dan banyak lagi negara yang harus dijadikan contoh. Adakah pentadbiran itu lebih baik, lebih islamic atau lebih jahanam? atau pegangan kita sebagai ahli sunnah akan ditukar kepada syiah?

Benar kata Nabi, taat kepada pemimpin islam biar pun kamu itu dipimpin seorang habsyah (yakni hamba). Biarpun kamu dipukul dan dirampas harta, taat kepada pemimpin islam yang dilantik secara sah. INI HADIS nabi. Yang akan relevan sepanjang masa. Yang datang daripada Allah! Jangan gunakan akal yang cetek itu untuk mentafsir hadis yang konon tidak relevan untuk masa ini. Kerana Allah lagi maha mengetahui..

Berbalik kepada Palestin. Saban hari, ramai kalangan kita begitu perihatin dengan isu di sana. Hinggakan setiap hari kita share apa saja artikel atau gambar daripada mereka yang terseksa disana. Tapi, adakah itu akan memberi impak kepada mereka??

The most importan thing is doa! please,. tiada apa yang mereka harapkan daripada kita saudara seislam yang jauh ini selain daripada mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka disana. Mendoakan penderitaan mereka akan cepat berakhir.

Jangan terlalu bersedih dengan penderitaan mereka, kerana mereka telah Allah janjikan ganjaran yang besar di syurga. Bersedihlah melihat diri kita dan masyarakat kita hari ini yang masih gilakan kuasa! yang masih bercakaran sesama islam dibumi sendiri sedangkan mereka yang ada disana inginkan kita, umat islam bersatu..

Tears of Gaza..

Jika hari ini islam dipandang hina, jika hari ini islam terus diperlekeh, jika hari ini islam diserang seperti seorang pengganas, jika hari ini islam menjadi lemah, jika hari ini islam menjadi mundur, jika hari ini islam tidak bersatu,
ingatlah, semua itu bukan disebabkan kita tidak mempunyai kuasa politik, bukan kerana negara kita tidak mempunyai peralatan yang canggih, bukan kerana islam tiada peralatan modern, tetapi hanya satu sebab yang pasti,
iaitu kita telah melupakan ajaran Nabi, kita telah melanggar segala larangan Allah, kita tidak mengamalkan segala apa yang diajar nabi!!

Diri kita, masyarakat kita hari ini adalah cerminan generasi pada masa akan datang..

Ps: Satu lagi pesanan penting, bila ada puak Syiah yang dibenarkan bergerak bebas dalam sebuah negara islam, pasti negara tersebut akan berakhir dengan pergolakkan, pasti negara itu akan berakhir dengan peperangan, pasti negara itu akan berakhir dengan kemusnahan!!

2 comments:

Anonymous said...

TIPU JE SEMUA NI!

KO NI PENIPU!

Kosong said...

Semoga Allah membuka hatimu dan memberikan hidayah kepadamu..

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian