Nov 27, 2012

Mengejar dan dikejar..,

Perfect.? kau rasa apa maksud perfect? perfect secara kasarnya adalah sempurna. Sempurna dari segala segi. Bagi aku untuk mencari kesempurnaan kita perlu istiqamah dengan apa yang kita lakukan itu.

Bijak pandai kata 'Practice make Perfect'.

Dah lama aku tak buat artikel puji diri sendiri. Yang selalu aku lakukan dulu. Bila aku baca aku gelak sendiri. Bila ada pengunjung terbaca, mereka jadi jengkel. yes, that what i want. Aku nak korang rasa perasaan 'jengkel' itu bagaimana.

Kalau sesiapa tidak tahu apa itu 'jengkel', maka sila buka kamus indonesia. atau lihatlah senetron. pasti kamu jumpa perkataan ini.

Selama aku hidup ini aku selalu bertukar arah minat dan cita-cita. Dulu aku ingin menjadi rockers. Jadi pemuzik, gitaris khususnya. Masuk sekolah menengah, bila selalu otak dibasuh tentang pentingnya ilmu dan pekerjaan, aku mula cenderung ingin menjadi kaya sekaya yang mungkin.

Bila berdoa, aku selalu inginkan harta qarun. haha. dasyat. Aku ingin menjadi kaya sekaya yang mungkin. aku ingin mendapat kuasa membeli yang mutlak. Aku berpendapat, bila sudah kaya, aku boleh jadi apa aku suka. 'money can buy everything'.

Itu dulu. Sekarang aku mula merasa berpijak dibumi yang nyata. Bila aku mengejar ilmu dunia, semakin aku terasa sengsara. Bila aku semakin terlalu bergantung dengan pertolongan 'wang' untuk terus hidup, semakin aku kesempitan. Hidup aku semakin maju, dada ku semakin terisi dengan ilmu donia yang fana, tapi semakin aku terasa hilang punca. Semakin aku rasa payah yang teramat payah.

Aku cuba perbetulkan 'nafas' diri. aku cari ruang kelemahan. aku nilai segala benda yang ada. Akhirnya aku jumpa. aku baru sedar bahawa niat aku selama ini agak menyimpang. Nak harta qarun. hahaha. Aku terlupa apa yang dah jadi kepada qarun dan hartanya? Patut terasa berat beban dipikul.

Sekarang, aku melihat kehidupan hanya sebagai platform biasa. Yang memang perlu aku terokai, tapi bukan dengan sepenuh perhatian. Kehidupan yang hanya memudahkan aku hidup. cukup dapat memberi makan diri dan keluarga dan bekalan simpanan.

Semoga dipermudah segalanya.

2 comments:

Anonymous said...

"manusia sering mncri kesempurnaan hdup, padahal ktidaksmpurnaan itu lah hdup.. So, bsederhana lah dlm sgala hal.. Jgn terlalu obsess mngejar dunia.. Dunia tu smntara, akhirat tu slamenye.. Ok

Kosong said...

he tengkiu..

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian