Nov 15, 2012

Lelaki..,

selalu orang kata, lelaki harus kuat. lelaki harus tabah. lelaki harus kuat semangat. lelaki harus mampu kawal perasaan. lelaki harus bla bla bla. Bagi aku, lelaki harus jadi diri dia. Harus tabah ikut cara dia, harus kuat ikut cara dia.

Tabah tak bermaksud kau tak boleh menangis kepayahan. Tabah tak bermaksud kau tak boleh bersandar keletihan. Tabah bermaksud bagaimana kau kawal diri kau untuk jadi lebih matang dan jadi diri kau sendiri.

Jadi diri kau! seperti mana kau suka, seperti mana kau inginkan. Bukan berdasar acuan persepsi teori orang lain. Yang menginginkan lelaki itu harus bagaimana. Saitan. Begitu juga kalau kau perempuan. Be yourself! selagi tidak bercanggah dengan syarak..

Ada pepatah mengatakan. Always be yourself. Unless you can be batman. superman. or saitan..

Ikut apa yang kau nak. Apa naluri kau nak. Apa yang kau mahu dalam kehidupan dan terbanglah bebas seperti burung di angkasa. Jangan biar orang lain mempengaruhi kau. Jangan. Belajar untuk memberi peluang dengan diri untuk jadi apa yang dia mahu. Again, selagi tidak bercanggah dengan syarak.

Jangan hairan bila lelaki menangis, kerana itu adalah normal sebagai seorang manusia. Sebab itu manusia dicipta dengan mempunyai hati, kerana disitu terletak emosi yang mengawal perasaan manusia. Soroklah bagaimanapun, kau hanya kelihatan bodoh bila menafikan hal ini.

Apa aku nak cakap sekarang ialah, aku rindu mak aku.

Ps : Pernah kau orang terfikir bila mereka nanti dijemput Allah? Meninggal dalam bahasa mudahnya. Apa perasaan korang masa tu?

Tak boleh call, dah tak boleh dengar suara, dah tak boleh kena bebel, dah tak boleh dilarang itu ini. Pernah? Pernah tak korang fikir nak luangkan banyak masa dengan mereka sebelum mereka tiada didunia ini? Melayan mereka seperti mereka adalah bf/gf ? bergayut dengan mereka tanpa rasa bosan. Buat mereka tersenyum sebelum peluang itu tiada kelak?...

Aku tengah fikir benda tu. kalau mereka tiba-tiba tiada misalnya. Cukup sudah ke masaku terluang untuk mereka? Puas sudah ke aku lihat wajah mereka? dengar suara mereka?..

1 comment:

datin said...

say I love you every day because one day that chance might be ripped away from you in the blink of an eye

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian