Nov 20, 2012

Kegelapan.,

Dulu. masa kecik-kecik aku sangat takut bila tiada cahaya. Aku sangat takut pada waktu malam. Sangat takut. Hinggakan waktu malam, aku selalu ingin berteman kemana saja walaupun berada didalam rumah sendiri. Zaman kanak-kanak yang riang dan kacak. Semua orang pernah alami. kan?

Aku tidak tahu. Kenapa rasa takut itu boleh wujud. kenapa takut kepada malam? kenapa takut kepada kegelapan? logik akalku mengatakan mungkin disebabkan momokkan daripada budaya melayu yang masih kuat dengan perkara bidaah tentang dunia paranormal. Mungkin. Dunia syaitan yang selalu dikaitkan dengan kegelapan, suram dan malam. Pagi syaitan tidur ke?

Dimanakah ianya bermula? aku selalu terfikir perkara tersebut. Dimanakah dan bagaimanakah ianya terjadi. Hantu disinonimkan waktu malam. Keadaan gelap. Tiada cahaya. Ahli bidaah manakah yang menyebarkan fahaman yang merosakkan akidah ini? yang mempercayai adanya kuasa lain yang boleh memberi mudarat kepada kita selain yang Esa. Pernah kamu terfikir?

Bila dah tua dan kacak begini, baru aku faham apakah sebenarnya makna ilmu itu. Ilmu agama khususnya. Kadang kita ni, beribadat pun sekadar ikut-ikutan sahaja, tanpa membuka hati untuk berfikir 'betulkah ini amalan yang sebenar yang datang daripada Nabi Muhammad saw?"

Pernah terfikir tak setiap amal perbuatan kita itu benar-benar datang daripada Nabi atau tidak? amalan tersebut datang daripada Al quran atau tidak? Solat misalnya. Pernahkah terfikir 5 waktu kita kerjakan solat sehari semalam itu, berdiri, berduduk, rukuk dan sebagainya itu sebenar-benarnya telah mengikut apa yang Nabi telah ajar atau tidak?

Pernah tak kita tanya kepada diri, telah cukup betul tak apa yang kita lakukan itu? Bukan kerana kita ragu ajaran nabi, tidak. Tetapi kita nak, apa yang kita amalkan itu benar-benar apa yang nabi telah sampaikan dan ajarkan kepada sahabatnya.

Aku tertarik dengan satu hadis sahih.

"Dari Muawiyah bin Abi Sufyan bahwa Rasulullah SAW bersabda,? Umat sebelummu dari ahli kitab terpecah menjadi 72 millah (aliran). Dan agama ini (Islam) terpecah menjadi 73. 72 diantaranya di neraka dan satu di surga. Yaitu Al-Jamaah. (HR. Abu Daud)"

Para ulamak terdahulu membahaskan bahawa satu golongan yang memasuki syurga itu adalah mereka yang berpegang kepada alquran dan hadis. Mereka yang benar-benar berpegang dengan tali Allah. Jemaah disini bukan sahaja dikatakan kumpulan semata-mata tetapi ulamak membahaskan ianya adalah sebenarnya akidah yang bertepatan dengan apa yang Nabi sampaikan.

Aku mendengarnya cukup takut. sangat takut. Dimanakah aku, keluargaku, rakan-rakanku berada diantara 72 golongan tersebut atau dalam satu golongan yang Allah janjikan syurga? kerana kini, ramai yang mengaku ahli sunnah waljamaah. Benarlah kata Nabi ini. Semua mengaku bahawa mereka telah mengikut firqah yang benar. Yang datang daripada Nabi. Tapi sebenarnya, amalan seharian kita banyak yang ditokok tambah atas alasan itu adalah bidaah hasanah.

Apa itu bidaah? dan persoalan yang penting ialah ada ke bidaah baik? Jika ada bidaah baik,adakah bermaksud Islam yang Nabi sampaikan ini masih tidak sempurna?

Definasi bidaah daripada imam al syatibi dalam kitab beliau ialah " Jalan dalam agama yang direka-reka, bentuknya menyerupai syariat, dan dilakukan dengan tujuan untuk berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah 'Ta'ala"

Semoga kita terlindung daripada melakukan bidaah dalam beragama ini. Allah berfirman, " Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan aku telah redakan islam itu menjadi agama untuk kamu - Al-Maa'idah, ayat 3"..

Maksudnya agama Allah yang Nabi sampaikan ini telah cukup sempurna dan tidak perlu amalan yang ditokok tambah lagi. Jika benar amalan yang kita tambah itu adalah Baik dan patut dilakukan, PASTI nabi telah ajarkan kepada sahabatnya dahulu. pasti! dan aku sangat pasti Nabi pasti akan ajar! kerana ini adalah agama wahyu. Agama yang datang langsung daripada Allah.

Bagi aku, kejahilan itu tidak harus dicemuh. Kegelapan itu tidak harus di caci. Kerana itu merupakan satu proses untuk kita berfikir dan keluar daripadanya. Bijak pandai ada berkata 'there's no light without a dark"

Aku hanya ingin mengajak kalian berfikir. Benarkah kita telah mengikut ajaran Nabi?

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian