Nov 17, 2012

Hijrah..,

Sekarang merupakan awal tahun baru umat islam. Kini ramai yang telah sedar dan tahu tentang tahun baru islam. Kesedaran ini banyak dibantu dengan peningkatan teknologi perhubungan. Terutamanya bila ramai menggunakan Facebook dan twitter misalnya. Mungkin ini adalah sedikit kelebihan teknology tersebut.

Tadi aku terbaca tentang sejarah tahun baru islam. Tergerak hati untuk menulis tentangnya.

Pemilihan penggunaan permulaan bulan Muharam sebagai bulan pertama dalam kalender Islam tidak berlaku ketika Rasulullah SAW masih hidup. Khalifah Umar Al-Khattab r.a adalah merupakan orang yang pertama memulakan penggunaan tarikh bulan-bulan Qamariah dengan penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah dijadikan sebagai permulaan taqwim Islam. 

Peristiwa tersebut berlaku ketika Baginda SAW sampai ke Quba pada 20 September 622M bersamaan dengan 8 Rabiulawal. Jika diteliti tarikh ini didapati 1 Muharram 0001H jatuh pada 6 Julai 622M (Jumaat). Selanjutnya korang boleh baca disini.

Apa yang kita perlu tahu tentang Hijrah? Hijrah dalam bahasa arab bermaksud 'tinggalkan'. Tak perlu aku panjangkan lagi apa itu hijrah dan bagaimana, kerana semua sedia maklum bahawa ada 3 peristiwa Hijrah pada zaman Nabi. Dan yang terpenting ialah Hijrah meninggalkan Makkah menuju ke Madinah. Nabi sebut dalam Hadis

Terjemahan: “Tidak ada lagi (tidak boleh) hijrah selepas pembukaan kota Makkah.” (riwayat Al-Bukhari No. 2783 kitab al-Jihad wa as-siyar dan Muslim No. 1864 kitab al-Imaarah)

Apa yang aku ingin kata, mengucapkan selamat maal hijrah itu merupakan benda baru dalam agama. Tiada kelebihan dan tiada keharusan untuk mengucapkannya. Tinggalkan jika mampu.

Tidak perlu memberat diri untuk berazam atau apapun dalam tahun baru kerana apa yang penting adalah kesedaran kita menghayati apa yang islam inginkan. Ilmu islam itu lagi penting berbanding 'brand islam' yang kita paparkan kepada orang lain.

Aku nak kahwin. Mungkin itu menjadi permulaan hijrah yang terbaik untuk aku. kan? hehe

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian