Nov 14, 2012

Doa akhir tahun dan awal tahun, ?

Disebabkan ramai ingatkan benda ni, jadi aku nak ingatkan jugak kepada semua. Tentang doa akhir tahun dan doa awal tahun. Sebagai mukadimah, aku nak beri info disini ialah,

Nabi tak buat pun doa akhir tahun dan awal tahun ni. Dan hadis yang diguna yang mengatakan doa akhir dan awal tahun itu tiada asalnya, Tiada dalam al-Qur'an, tiada dalam hadith sahih, tiada dalam hadith dhaif, bahkan tiada dalam hadith palsu.

Islam tiada masalah untuk berdoa. Kita digalakkan berdoa bila-bila masa mengikut keperluan. Secara umumnya kita berdoa untuk akhir tahun dan awal tahun, selagi tidak ada perselisihan syarak. Apa yang menjadi masalah bila mengkhususkan doa tersebut dengan amalan seperti membaca yasin yang konon ada kelebihan dan sebagainya. Nabi tidak pernah mengajar doa khusus untuk awal dan akhir tahun.

Soalan: Apakah kita langsung kita tidak boleh mengadakan sebarang majlis pada awal tahun hijrah?

Jawapan: Sambutan Hijrah ini tidak boleh buat atas asas ianya amalan khas agama ini. Ini kerana kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada mengada-adakan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w. dalam soal ibadah atau menokok tambah agama sedangkan baginda bersabda: “Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama ini maka dia tertolak” Riwayat Muslim.

Ibadah yang khusus sempena tarikh berkenaan tidak boleh dilakukan melainkan terdapat dalil yang sabit daripada baginda Nabi s.a.w. (sumber Dr maza)

Ingatan kepada kita semua

Sabda Nabi saw maksudnya:

"Sesiapa yang berdusta mengunakan nama ku, maka tersedialah untuk dirinya satu tempat duduk dalam neraka." (Hadis Riwayat al Bukhari dan Ahmad)

Dalam hadis yang lain Nabi saw bersabda maksudnya:

"Sesiapa yang bercerita atas nama ku satu hadis yang dirasakannya bohong, maka dia adalah salah seorang pembohong." (Hadis Riwayat Muslim)

Aku tegaskan lagi, tidak salah berdoa ketika awal dan akhir tahun selagi ianya tidak bercanggah kepada Syarak. Tetapi mengkhususkan mesti berdoa bila awal dan akhir tahun, dengan lafaz doa yg tertentu yg khusus, dengan tatacara yg khusus, maka ia bid'ah munkar.

Sebagai akhir, aku tinggalkan dengan hadis Nabi ni :

Sabda Nabi saw maksudnya:

’’Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (ibadat) bukan mengikut (spesifikasi) cara kami, maka ianya tertolak’’ (Hadis Riwayat Muslim).

“Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (al-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan(bid’ah)dan setiap yang diada-adakan adalah sesat.(Hadis Riwayat Muslim)

Dalam Sunan al-Nasaai pula, terdapat penambahan lafaz pada riwayat ini iaitu:

“Setiap yang sesat itu (tempatnya) di neraka”.(Hadis Riwayat al-Nasaai)

Ps : Semoga memberi manfaat..

2 comments:

Anonymous said...

info yang menarik.....syukran

Kosong said...

semoga memberi manfaat..sama2 kita ikut sunnah nabi..

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian