Nov 30, 2012

Basi..,

Aku ingin padam kisah silam yang sangat jahanam. Inginku buang ke lautan yang jauh didalam dasarnya. Biar kisah itu tinggal seperti dongengnya yang sungguh kelam. Inginku buang kisah jahanam itu ke dalam  letusan gunung berapi. Biar ianya hancur selumat-lumatnya.

Bagaimana harus aku buang segalanya?

Kisah itu tidak pernah tertinggal. Setiap kali, setiap saat ianya muncul dengan amarah dari saitan. Sakit. seperti torehan luka yang di curah dengan perahan limau. Pedih hingga ke tulang sum-sum.

Bagaimana harus aku hilangkan perasaan itu? Bagaimana? coba ajari aku..

Hakikatnya, rasa itu sukar ditinggalkan. Ianya seperti barah didalam hati. Tidak boleh diubati sepenuhnya. Sakit dan sangat pedih. Aku hanya ingin keluar dari rasa ini. Rasa yang sangat memenatkan ini. Rasa yang jahanam ini. tahu!

Aku tersenyum dalam menangis. Pedih!

kau tahu parah itu bagaimana? kau tahu pedih itu bagaimana? kau takkan tahu, kerana kau berhati kering. kau berhati batu. Yang mampu gembira dalam tangis orang lain. Kau mampu ketawa sedangkan orang lain bersedih. kau tahu itu?

Aku ingat ini bukan kerana aku ingin ingat. Tapi saitan meniup selalu amarah ini ke dalam hatiku. Aku manusia biasa. Aku manusia yang ada hati yang sangat degil. Kau pernah tahu? tak, kau tak pernah kesah kerana kau berhati batu! yang tidak akan peduli apa yang orang lain tempuhi kerana sikap penting diri kau itu. kau pernah tahu?

Kerana aku dengar lagu ni aku menulis begini. Bodoh! dan kau tidak pernah akan tahu..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian