Oct 22, 2012

Politik..,

Sekarang, politik merupakan satu isu yang cukup penting. Rakyat semakin mengambil berat tentang isu ini. Isu konon berkait dengan kebajikan rakyat. yang terkadang aku rasa bullshit. Sungguh.

Aku pun tak tahu sejak bila rakyat semakin concern dengan politik. Politik yang lari kona mana pun pasti banyak cacat celahnya. Tak kiralah parti tu guna brand islam ke, brand cap ayam ke. Semua sama. Janji saja lain-lain.

Mengikut pemerhatianku, rakyat tertarik dengan politik ni, semenjak peristiwa ex-tpm negara dulu yang terlepas peluang menjadi perdana menteri. Logik bila pemimpin berpengaruh akan punya pengikut 'u jump i jumpa' kan?. Pelbagai teori dimomokkan kepada rakyat bawahan kenapa perkara tu berlaku.

Dan, teori terbaik yang aku rasa begitu popular ialah isu khianat bagi pihak beliau, dan isu moral bagi pihak kerajaan. Yang parah, bila rakyat maheran jadi hakim, peguam, penganalisis, tukang sebar, menokok tambah dan memberikan andaian yang pelbagai. kebanyakkan hanya berdasarkan teori semata-mata.

ah bukan ini aku nak cerita. ok back to the track.

Kalau dulu, Lintas langsung pembentangan bajet negara adalah siaran yang paling tak popular, paling bosan, paling menyampah dan pelbagai paling yang negatif. Ramai yang tak ambil kisah siaran ni. Aku sendiri dari dulu sampai sekarang masih merasakan pembentangan bajet negara ini adalah perkara yang membosankan.

Aku lagi suka baca laporan bertulis. Tapi sekarang, siaran langsung ini lah yang ditunggu-tunggu rakyat. Ada yang menunggu untuk tahu apa faedah yang dia dapat dan ada juga yang tunggu untuk cari kesalahan disetiap bajet yang dibentangkan. Bermacam ragam. Ada juga yang nak dikatakan sebagai takketinggalanzaman, maka dia dok tercongak didepan tv mendengar PM berucap. Padahal sumpah sangat tak masuk akal bila mereka syok untuk melihatnya. Bana.

Kalau yang nak tunjuk pandai, mula akan berbahas sesama sendiri. Berhujah tentang faedah dan kepentingan kerajaan susun bajet begitu begini. Berbahas untuk tunjuk dia lebih mahir dalam menyusun bajet kerajaan. Sekurang-kurangnya, semua akan bercakap pasal isu ni. Aku syak, mereka ini takut dikata tak up-to-date dengan keadaan negara. Bagi aku itu perkara sia-sia. Sebab ianya tak merubah apa-apa.

Persoalan disini, adakah dengan rakyat yang concern dengan keadaan negara itu akan menjadikan negara lebih baik? atau akan menyebabkan negara akan mudah dipergunakan oleh negara asing lain?

Kenapa aku kata negara sekarang menjadi sasaran negara asing? sebab malaysia merupakan;

1) Negara yang paling stabil dan aman hampir 50 tahun.
2)Negara yang paling maju dari segi pembangunan.
3)Hampir menjadi pusat pengajian tinggi bagi negara2 membangun. Ribuan penuntut dari luar negeri datang ke Malaysia untuk belajar di Universiti2 tempatan.
4) Jutaan pekerja daripada luar negeri datang mencari rezki di Malaysia setiap tahun, khasnya dari negara2 jiran.
5)Malaysia telah berjaya mempertahan diri diri daripada serangan ‘mata wang’ Dajjal Soros dan rakan2nya di IMF Bank Dunia. Indonesia telah tertewas dan sekarang dalam keadaan tertekan. 
6)Negara yang satu-satunya mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dalam perlembagaannya. 
7) Kaum Bumiputra yang lemah telah diberi pelbagai bantuan dan galakan dalam sektor ekonomi. 
8) Hak keistemewaan Raja-raja Melayu terpelihara dalam perlembagaan.
9) Negara yang tak pernah patuh dengan kehendak Amerika dan sekutu terutama ketika Tun memerintah.

Sekarang, Malaysia menjadi tumpuan dana asing untuk menaburkan sumbangan. Yang bertopeng atas nama NGO. Lihat negara-negara yang telah dijatuhkan atas campur tangan kuasa asing? adakah ianya bertambah baik atau semakin buruk?

Malaysia umpama kambing biri-biri. Yang tengah diperhati oleh sekumpulan serigala. Menunggu bila terlepas daripada kawanannya. Menunggu bilakah akan memakan umpannya. sedar atau tidak, itu adalah realiti yang harus kita terima.

Beberapa bulan lalu, ada seorang ustaz datang memberikan kuliah. Aku kebetulan diberi peluang mengikutinya. Dalam  tazkirah, beliau mengatakan beberapa bulan ketika itu, dia ada mengikuti satu mesyuarat negara-negara islam yang membincangkan isu LGBT. yang memeranjatkan aku, ustaz tersebut mengatakan walaupun negara yang mengikuti itu terdiri daripada negara islam, tetapi hanya Malaysia yang menentang isu LGBT tersebut. Negara yang lain, bersetuju atas nama kebebasan hak asasi manusia.

Sekarang terdapat NGO dimalaysia yang sedang memainkan peranan meniup perpecahan dalam kalangan umat islam menggunakan nama kebebasan, demokrasi dan pelbagai lagi hasil pemikiran manusia.

Berjaga-jaga

2 comments:

Anonymous said...

perenggan pertama menunjukkan rakyat semakin berfikiran terbuka dengan politik semasa.

(isu konon berkait dengan kebajikan rakyat)...siapa kamu nak tentukan konon atau pun tak sedangkan kamu tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam dunia politik.

kamu rasa bullshit tetapi kamu sebenarnya kerana kamu tidak mendekati orang politik, dan melihat dari pandangan mata islam

Anonymous said...

siapa kamu? saya rakyat. salah?. atas apa yang berlaku kini, adakah semata untuk kebajikan rakyat atau kuasa semata-mata? Jangan buka mata saja tapi hati sekali,.lapangkan dada dan lihat apa yang mereka telah lakukan untuk kamu..

Sebab saya dekati saya tahu bagaimana rupa politik. Rakyat sibuk berbalah tapi mereka boleh sembang dekat kedai kopi sama..

Apa pandangan islam yg kamu kata? Islam kata patuhi pemerintah walaupun kamu dipukul dan diambil hak kamu, tapi apa yang berlaku sekarang??adakah ikut ajaran nabi?

Mungkin kamu keliru antara ikut ajaran islam yg dibawak oleh nabi, dengan ajaran yg dibawak oleh pemimpin kamu..itu terlalu besar bezanya..

Wallahu 'alam

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian